Sunday 1 May 2011

novel : Aishiteru bab 5

Darisa -5



“Bip bip..bip bip…” tiba-tiba telefon aku berbunyi dan menyedarkan aku dari lamunan.

Darisa,malam ni tumpang rumah mak cik duu ya. Mak ngah kena berulang ke hospital…kak sal

Haish… alahai mak ngah..aku ni menyusahkan betul la. Selepas soat isya’ aku berjalan di dalam shopping complex itu. Fikiranku meayang lagi. Kenapalah aku bertemu dengan abang?

Aduh.. macam mana nak cakap , bukan abang tak suka adik..macam nilah, bila adik dah besar dan adik tak ada teman lelaki baru adik cari abang,ok?

Lebih kurang macam tulah mesejnya bila aku pernah katakan yang aku sukakannya. Kelakar juga bila memikirkannya semula. Tapi waktu tu perasaan aku entahlah..kalau dilakar perasaan aku mesti sangat mengerikan..sayu,pilu,apa lagi yang aku harapkan?entahlah..

“Risa?” suara Shahril mengejutkan aku. Apalah mamat ni, bagilah salam dulu ni main sergah ja..

“Eh Ari..” terasa lain sengihanku. Pasti wajah aku suram dan muram tadi kerana mengingatkan masa lalu. Mintak-mintalah Shahril tak perasan. “Kata tadi nak jalan-jaan dekat dalam. Ni dah luar dah. Buat apa kat sini? Hirup udara malam ya?” kata Shahril seolah-olah memperli aku.

“Taklah sedut udara..” kata aku seraya melepaskan tawa. Shahril turut tersenyum. “Ari tak join diorang ke?” Shahril melabuhkan duduknya tak jauh dari tempat dudukku. Aku hanya duduk di tepi shopping complex itu.

“Tak tenang Ari fikirkan Risa tu yang Ari cari Risa. Nanti hilang siapa susah? Siapa tanggung? Marah pulak mak su dengan pak su kat Ari nanti. Ni Ari jumpa pun Risa tengah mengelamun. Nasib baik Ari yang tegur, kalau orang lain?” wajah Shahril bersahaja. Tapi aku pula yang terasa.

“Iyalah menyusahkan Ari kan? Kalau risa tak ikut tak payalah Ari risau kat sesiapa kan?” suara aku perlahan.

“Ari..malam ni risa tumpang rumah mak cik dulu. Mak ngah tak sihat lagi. Rumah kak sal kan dekat dengan hospital, so mak ngah duduk rumah kak sal dulu.” Aku lantas memandang ari. “ baguslah ada jugak teman nak sembang. Rumah tu dahla besar tapi tak ada orang.” Shahril tersengih-sengih. Macam kerang busuk.

“Eleh..tulah..muka sikit punya hensem, awek tak ada” usikku lagi. Lama juga aku berbual dengan dengan Shahril di luar pusat beli belah itu. Hampir jam sepuluh setengah barulah kawan-kawannya muncul.

“Hai..owh dating.patutlah tak nak join kami..” suara Iskandar mengejutkan aku dan Shahril. Shahril buat tak endah. Aku seraya bangun memberikan ruang duduk pada kawan-kawan Shahril. Aku berjalan menuju ke pintu masuk di mana ada menjual wafel dan sweetcorn.

Bau wanginya menarik aku untuk membelinya sementara menunggu Shahril berbual-bual dengan kawan-kawannya. “Adik!” panggilan itu menggoncang tubuhku. Jantungku berdegup kuat.

“Adik nak beli apa? Kenapa sorang je?” Anaz bertanya tanpa apa-aa reaksi. Aku sekadar memanjangkan bibir ke kanan dan ke kiri. Haish kenapa berpeluh-peluh pulak ni. Udara sejuk je, aku nak demam ke?

“Adik,ok ke? Adik macam tak sihat je?”  tanya Anaz apabila melihat aku diam dan terpaku. Terpaku? Terpukau! Terpukau dek Anaz inilah! “tak ada apa” ringkas aku menjawab. Tanpa memebuang masa aku berlalu mendapatkan Shahril. Shahril dan kawan-kawannya bagai berpuluh-puluh tahun tak jumpa. Ada-ada saja cerita yang dibualkan.

Sesekali Shahril mengerling aku. Mungkin untuk memastikan aku tak ke mana-mana. Iqbal dari tadi diam sahaja. Kenapa?berat mulut? “Risa,” tiba-tiba Shahril menyebut namaku. Kemudian tersenyum-senyum. Aku mengangkat kening tanda tidak memahami.

“Belakang tu,” sebaik sahaja Shahril memberi isyarat bau harum wafel menerjah hidungku. Spontan aku menoleh. Dia dan aku..dekat sekali. Aku tertunduk. Bisu!

“Tadi adik lu beli ni. Pastu dia terus datang sini tak ambil dulu apa yang dia pesan. So wa tolong la ambik. Nah Risa!” Anaz menghulur bungkusan wafel setelah beberapa tapak menjauhi aku. Mungkin sedar akan keseganan aku.

“Laa…kenapa tiba-tiba merah muka ni” Aboi mencelah. Shahril dan kawan-kawannya ketawa serentak. Apa yang aku tahu waktu itu aku cukup malu. Mahu taknya berada dalam sekumpulam pemuda yang semua memandangnya!

“Risa,mari sini. Malulah tu,” suara Shahril seakan memujuk. “La patutlah. Risa sekolah lagi?” tanya Aboi tak mahu meredakan suasana tadi. Aku mengangguk lantas tersenyum. “La kenapa manis sangat senyum. Tingkatan berapa?” selamba Aboi berkata.

“Lima..”  Aboi mengangguk-ngangguk. Shahril ketawa kecil melihat aku yang malu-malu. Ish Shahril ni, aku debik baru tahu. “Mesti ramai boyfriend ni..” usik Aboi. “huh? Risa ada pakwe? Tunggu kucing bertanduklah. Sombong benar”  kata Shahril sedikit sebanyak buat aku terasa. Mana ada sombong. Aku sekadar tersenyum.

No comments:

Post a Comment