Friday 6 May 2011

novel : Aishiteru bab 7

 Hampir sebulan di rumah, Ari mengajak aku untuk menguruskan perniagaannya kedai makannya di Pinang. Waaaa genbiranya tak terkata! Tapi..aku masih runsing dengan pengakuan seorang gadis yang datang minggu lepas. Dia cakap dia ex Ari? Tapi seriously Ari macam menyampah je dengan dia?

“Ari..tak baiklah buat macam tu..” tegurku selepas beberapa hari aku terlihat peristiwa itu. Di mana Shahril bulat-bulat marah si awek yang cun macam amoi cina. Waktu tu Iqbal pon ada sama. Dia selalu lepak di situ sebaik sahaja kuliahnya. Maklumlah kat sini dapat diskaun. Kan Shahril kawan baik dia. Kebetulan aku baru je balik dari surau untuk menunaikan solat asar. Bila pulang aku ternampak seorang gadis yang keluar dalam keadaan teresak-esak.



“Risa..risa tak faham..” katanya. Aku merenung ari. “Ari cinta mati kat dia..sampai Ari tak boleh terima sesapa dalam hidup Ari. Tapi dia..oh ya Allah” shahril meraup mukanya berkali-kali. “ mungkin salah Ari.. dulu suka dia sebab yes! Dia cantik.. padan muka sendiri.. dia banyak lagilah boyfriend. Muka macam Ari? Huh! Ari sedar..”

“maksud? Dia curang?” Ari mengangguk. Aku cuba mengingat si gadis. Cantik. Putih dan ada Chinese look. Berbaju kurung. Bertudung labuh. Emm tapi…  Tiba-tiba ari membuka kisah silamnya. Rupanya mereka bercinta sewaktu zaman persekolahan dan hampir lima tahun tak berjumpa.

“tapi Ari tu dulu.. Risa tak nampak mana tak kena dengan Lina. Dia macam dah berubah.” Shahril termangu. Teringat pula aku peristiwa Iqbal. “assalamualaikum Risa. Waaa untung dapat jumpa hari ni.”

Masuk hari tu dah seminggu berturut-turut dia asyik usik aku di kedai makan Shahril. Bukan aku tak suka.. tapi aku betul-betul segan. Walaupun perlahan sapaannya dan sangat sopan di pendengaran sesiapa tapi entahla.. aku tak suka.

Aku buat tak endah hari itu. Iqbal perasan tapi emm biarlah. “Risa, makan” dia menjemput aku sewaktu aku lalu di tepi mejanya. Makanlah..ajak-ajak orang pulak. Eh jap! Kerek nya aku. Asal camni ni? Kenapa Iqbal ramah tetiba? Aduii macam terbalik je.. macam tulah setiap hari. Sampai aku pun dah terbiasa dikacau dek Iqbal.

“risa…kenapa?” tegur Ari suatu hari. Aku menoleh. Emm aku seraya ketawa kecil. Air mata yang mengalir aku seka perlahan. Emm aku menghulur suatu kad pada shahril. Astaghfirullahalazim.. ya Allah, aku mengharap mu dalam setiap langkahku.

Shahril membelek kad tersebut. Kad undangan perkahwinan Anaz dan Mawar. Jadi kenapa? Kenapa… adakah.. “risa?” aku bangun menuju ke arah pelanggan yang datang. Senyumku kembali mekar. Shahril memerhati. Aku tahu dia pasti terkejut. Tapi itulah hakikatnya. Tapi insyaAllah aku akan lupakan semua itu. Jangan risau Ari..aku emm tak kisah..

“risa,awak tak suka saya? Sekarang risa macam menjauh dari Iqbal” tak suka? Aik bila masa aku suka dia?huhu emm takkan aku nak cakap saya menjauh sebab saya sakit hati orang saya suka dah kahwin jadi hidup saya tak bermakna lagi.huh! “iya? Emm mana ada..”

“risa..saya…em..” apa mamat ni..pelik je.. “suka awak..kawin?” huh? Ya Allah.. gila ka pa..huhu ish astaga.. apa mamat ni. Sekejap tergaru..pelik..kawin. Kejap aku..emm baru habis spm.. woi! “Iqbal..saya baru habis spm. Awak pon kan?” dia tersengih.

“Saya tahun lompat la. Sebab tu dah masuk u pon sekarang. Saya lompat dua tahun. Sebab tu berkawan dengan shahril.emm Risa..” aku berpaling. No way. I must stop this. Shahril asal pergi solat lama sangat! “maaf..Risa tak anggap Iqbal macam tu.” Amik! Aku malas nak fikir. Itu yang keluar.

“risa..” dia terkedu.. rasanya. Iqbal duduk. Aku sesekali menoleh padanya. Wajahnya Nampak mendung. Apa aku dah buat ni. Iqbal terus berlalu selepas itu.  Aku rasa macam nak panggil je dia tapi kenapa? Aku suka jugak? No way..as easy like that??


Kemudian dari jauh aku nampak shahril berbual dengan seseorang. Patutlah lama benar solatnya. Emm Lina?? Syukurlah…


5 tahun kemudian…

“Risa kau ada phone call kau kena balik sekarang! Mak kau sakit!” aku terkejut dengan berita disampaikan Juwita. Kawanku yang paling rapat di universiti. Aku waktu tu baru sangat habis peperiksaan final. Dan lima bulan juga tak balik sebab sibuk studi. Tiba-tiba aku terbayang wajah mama. Mama…

Dari jauh aku dan Juwita lihat rumah terang benderang. Macam ada kenduri besar dan waktu tu juga air mata aku dah mengalir. Ya allah mama… melangkah sahaja ke dalam rumah aku terkejut. Bunga telur merata-rata. Rumah dihias cantik. Macam kenduri kahwin??

“mama!mama!” aku mencari mama merata. Rupanya mama dalam bilik tidurku. Memandang fotoku tanpa sedar kehadiranku. Aku perlahan memegang bahu mama. “assalamualaikum mama” mama menoleh. Aku memeluk erat mama. Tiba-tiba aku terasa takut ya amat sangat akan kehilangan mama.

“Darisa?” aku tersenyum “mama ni buat takut Risa je. Sakit la..” mama menarik aku. Aku duduk. Kelibat Juwita tak kelihatan. “mama nak kahwinkan Risa. No compromise.” Aku tersenyum. Aku tak terasa nak membantah. Aku sayang mama.

“dengan Iqbal.” Baru nak tanya..but what?? Iqbal? “mama..tapi..” “Risa..kan mama cakap tak de kompromi.” Mama mengusap lembut bahuku. “Dia lain sangat tau.Risa mesti suka” Aku merenung mama yang berlalu. Tapi mama tahu tak dia tinggal Risa macam tu je. Dia pergi belajar kat oversea tak bagitahu sedangkan Risa sorang-sorang terkapai cari dia. Risa hampir putus asa sekali lagi ma..mujur salam ukhwah dari Juwita selamatkan diri ini.

“Aku nikahkan kau…” air mata Darisa hampir jatuh. Bukan kerana sedih perlu berkahwin, bukan kerana masa singlenya yang telah berlalu… tapi kerana mama dan papa. Terasa sayu rasanya bila perlu berpisah. Mama hanya tersenyum di sebelahku. Mungkin terlalu gembira sampaikan tak timbul perasaan sedih di hatinya. Mungkinkah? Atau mama hanya berselindung dari kesedihan…

Pagi itu aku diakadkan di masjid besar berdekatan rumahku di Perlis. Petang pula majlis diadakan di banglo mama dan papa. Serius aku katakan.. wajah Iqbal nampak banyak berubah. Dia tersenyum simpul sahaja sepanjang majlis itu. Mata kami.. langsung tak bertaut. Rasa bersalahkah dia?

  “assalamualaikum..” suara Iqbal mendebarkan aku. Dia melangkah ke birai katil dan duduk tidak jauh dariku. Walaupun rasa sedih masih bersarang di hati namun layakkah aku berasa begitu pada lelaki yang sudahpun bergelar suami? Tempatku bersandar suka dan duka dan pada dialah letaknya syurgaku…

“waalaikumussalam” jawabku. Iqbal diam. Aku hanya tertunduk. Tangan aku mulai sejuk. “takut eh…” tegurannya buatku ketawa kecil. “emm Iqbal minta maaf, sebab .. Iqbal tahu Risa marah, kecewa..” aku tak tahu apa yang harus dikatakan. Kalau perkara itu dia sendiri yang ingin bangkitkan, aku sedia mendengar.

“Iqbal pergi menuntut ilmu.. bukan je ilmu dunia, tapi ilmu akhirat. Sebab Iqbal nak kahwin dengan Risalah. Iqbal nak jadi suami yang baik. Tahu tak.. Iqbal tahu apa Risa buat hari-hari kat sini. Iqbal tanya kawan. Adik dia nama Juwita.” Aku terkedu. Biar betul…  Juwita.. kau ni kan.. “haa Juwita minta maaf sebab tak bagitahu, dia kawan dengan Risa ikhlas tau.. bukan sebab Iqbal. Iqbal sendiri yang cari maklumat Risa.” aku merenung wajahnya.

Iqbal….
                                                                                                                 

1 comment:

  1. ye ye dah abes.. 1st cite dah abes! nantikan cite strusnya. BILA CINTA BERTEMU COKLAT ^^

    ReplyDelete