Thursday 28 April 2011

novel : Aishiteru bab 4


Anaz -4

  Jantungku berdegup kencang. Macam tak percaya je. Mujur aku ingat lagi. Wajahnya dengan gambar yang dikirim pada telefon bimbit aku dua tahun lepas masih sama. Mahu tak terkejutnya ,seumur hidup aku tak pernah lagi aku bertemunya.

Dia juga mungkin terkejut juga seperti aku. Namun aku mula juga bercakap dengannya. Dia lebih banyak berdiam. Mungkin dia tak berapa sihat sewaktu aku beriringan dengannya ke surau.

 Adik rasa..adik rasa la kan..adik suka dekat abang..

Mesej yang dikirimnya waktu hampir satu pagi itu masih segar di ingatanku. Seribu kali sayang waktu tu hati aku betul-betul dah dicuri orang lain. Lagipun aku hanya menganggapnya seperti seorang adik dan aku rasa mungkin tak lebih dari tu.

Darisa …  emm boleh tahan. Comel je, dahla manis pulak tu. Bila senyum boleh cair orang tengok. Memang power lah dia punya kuasa senyum tu. Walaupun dah umur 17 tahun tapi kecil je orangnya. Comel pula tengok dia tadi, berbaju kurung batik, bertudung litup, dan memakai kasut sekolah berwarna hitam. Aku agak, dia baru pulang dari asrama.

Waktu dia di tingkatan tiga, dia hanya bersekolah biasa. Mungkin mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR lalu memasuki sekolah asrama. Aku menoleh melihatnya. Berkerut-kerut wajahnya. Entah apa yang dibualkan dengan Shahril. Dia seperti cuba meyakinkan Shahril. Sekilas aku memerhati Iqbal. Dia hanya merenung kosong pada Darisa. Haish macam lah aku tak tahu.. type kesukaan dia lah ni. Ala-ala alim kan..huhu

Aboi pula tak habis-habis dengan telefon dia. Awek sampai dua, bila dah terkantoi emm macam ni lah gayanya. Itu tak kena ini tak kena. Aku suruh pilih sorang je tak mahu, sayang dua-dua katanya. Ha ikut engkaulah Aboi.

Shahril bercakap dengan Darisa. Sesekali Darisa menggeleng- geleng kepalanya. Kemudian dia kelihatan seperti ingin meyakinkan Shahril. Shahril menghulurkan dua not duit kertas berwarna merah pada Darisa. “Kenapa? Darisa tak nak join?” Aboi mencelah. Isy sibuk betul lah mamat ni. Biarlah Shahril cakap dengan Darisa. Tapi elok juga. Boleh aku ambil tahu apa yang terjadi. Hehehe ..

“dia tak mahu. Katanya nak jalan-jalan kat luar ni ja. Dia tak nak masuk tempat tu.” Shahril bersuara perlahan. Mungkin bimbang meninggalkan Darisa keseorangan. “ Dia dah besar. Pandailah dia.” Shahril seolah-olah merajuk kemudian mengajak kami bergerak dan menuju destinasi. Darisa terkebil-kebil di sana. Alahai adik…

1 comment:

  1. emm anaz sangat ego dengan perasaannya sendiri..kan? risa ua sgt pemalu orangnya..takkanlah nak join sekumpulan budak lelaki? emm apalah shahril ni..

    ReplyDelete