Thursday 19 May 2011

cerpen : Bila Coklat Bertemu Cinta 2


BILA COKLAT BERTEMU CINTA


           Dalam kuliah. Aqisa menumpukan perhatian seratus peratus pada guru atau professor yang mengajar. Baginya masa itu emas. Kalau tamat sahaja kuliahnya pada waktu petang dia perlu menumpukan pada Chocolate House jadi dalam kuliah sahajalah dia perlu fokus pada pelajarannya. Alhamdulillah dia bersyukur kerana pelajarannya sering dipermudahkan tuhan. Mungkin juga kerana berkat doa ibu di kampung yang amat dirinduinya itu. Sudah hampir setahun dia tidak pulang. Dia rindu pada adik-adiknya,pada abangnya dan juga pada kampungnya itu. Dia tidak tahu bila lagi dia akan pulang ke kampungnya itu.

             Kuliah hari itu cukup memuaskan hati Aqisa. Isi kuliahnya hampir lengkap disalin dalam notanya. Notanya selepas itu akan dibawa untuk difotostat sebelum ke Chocolate House dan dijual keesokan harinya. Hasil notanya dan gajinya ditambah pula dengan wang biasiswanya cukup buat dia menjalani hidup sendiri. Kalau untuk dihantar ke kampung dia masih tidak mampu. Selalunya dua bulan atau tiga bulan sekali barulah dia akan memasukkan wang ke dalam akaun ibu.

            “ibu bimbang Aqisa tak cukup makan nanti. Ibu nak Aqisa belajar tapi..”

            “ibu..jangan risau.. ibu kenal Aqisa kan? Pandailah qis bawa diri nanti lagipun susah sikit-sikit biasalah tu.” Aqisa beria-ia memujuk ibunya agar dia belajar di Universiti Malaya dalam bidang perubatan itu. Keputusan spmnya yang cemerlang melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran malah ditawarkan juga biasiswa yang makin menyuntikkan semangatnya untuk belajar di sana.

            “Along takut nanti Along tak mampu nak hantar duit pada angah. Adik-adik masih sekolah. Banyak duit nak pakai..along kerja apalah sangat. Setakat kerani berapalah sangat gaji along dapat”

             “along..ada tak angah cakap hantar duit pada angah? Tak ada kan.. kalau along boleh berkorban takkan angah nak berkorban sedikit pon tak boleh.. angah usaha sendiri pasal duit tu..pandai-pandailah angah..”

             Aqisa terus ke Chocolate House selepas menfotostat nota-notanya. Aqisa sempat membilang-bilang wang yang akan didapatinya setelah semua notanya terjual. Tanpa memandang ke hadapan tiba-tiba…

        
           “cik..kenapa berjalan tak tengok orang?” tegur Naim sambil membelek bajunya. Aqisa bangun masih bertamu rasa kesal kerana berangan-angan tadi. Dia mengutip beberapa helai nota yang berterabur.

           “maaf en….” What the…Naim??ya Allah bangunkanlah aku dari mimpi ini.. tanpa sedar dia telah melepaskan nota-notanya semula. Dia bagaikan barada di dunia khayalan. Laaa kenapa dengan minah ni..macam aneh je..

            “cik…emm cik Aqisa kan??” Aqisa terlopong lagi. Biar benar..dia tahu nama aku? Yabedabeduuu..hahaha entah-entah dia suka aku. “ni nota ni jatuh.saya pergi dulu..” Aqisa terus memerhati Naim. Mulutnya terkunci. Jantungnya berdetak tidak menentu. What on earth he is?? Kenapa kacak sangat-sangat? Hairan aku..spesies apa tu? Aqisa terus berteka-teki hingga ke Chocolate House.

            Suatu pagi ketika berjoging bersama-sama Anna dia ternampak pak long selaku pengawal asrama melambai-lambai ke arahnya. Dia dan Anna berlari-lari anak ke arah pak long. Fikirnya mungkin pak long ingin memesan nasi lemak seperti selalu. Tetapi…

“hai Aqisa..Anna..eh,assalamualaikum..” Aqisa terkejut beruk.dalam hatinya ribut tsunami melanda..plus lagi ribut taufan Katrina..huhu namun dia berlagak tenang. Dia tunjuk muka selamba. Anna sibuk menyikunya..

“hai Naim..ada apa ni..”terkekeh kekeh Anna ketawa dalam hati melihat Aqisa..eleh cool la sangat…

“emm tak ada apa..emm saja nak cakap dengan Aqisa..emm ada hal kejap..” Anna mengerling Aqisa. Mak oii jantung berdegup bapak kuat aku pun boleh dengar! Kesian Aqisa..cinta mati kat Naim..

“ohh..yeke?ok,qis aku gerak dulu ye…” Anna lantas pergi tanpa mempedukan Aqisa yang sudah macam biawak nak kena balon je..”erm Aqisa…kita pergi kedai depan boleh?ada hal penting..”

“kat sini jelah..ada pak long.emm manis sikit..”Aqisa sedaya upaya menjaga apa yang patut namun nak juga dia bercakap dengan Naim. Naim?huh macam mimpi..
“Ni pasal semalam..”lambat-lambat Naim menutur bicaranya.aik?apasal Naim ni gelabah pulak.bukan aku ke yang seatutnya macam tu?Aqisa ternanti-nanti perkara yang ingin disebut Naim. Sekejap Aqisa tersengih,sekejap dia tersenyum sipu, bila melihat Naim yang gelabah biawak tu dia tergaru-garu kepalanya yang tak gatal.

“semalam kan kita berlanggar..tak tahulah kan siapa langgar siapa..” aiyak!perli aku ke ni…malu oi! Aqisa tersengih-sengih.

“emm saya terambil kertas awak…emm bukan nota yang banyak-banyak tu..tapi saya pun kurang pasti..” Aqisa tersentak. kertas?

“saya rasa macam bukan kertas saya tapi saya musykil sikit sebab ada nama saya..” huh?Aqisa mengingat kertas yang dimaksudkan. Namun dalam situasi sekarang otaknya beku. “awak cuba tengok ni kertas awak ke?kalau bukan saya minta maaf mungkin kertas saya..”

Naim menghulur kertas putih berukuran A4 itu pada Aqisa. Aqisa melihat kertas itu dengan ekor matanya. Tidak berani bertentang dengan Naim. Hah?biar betul.. macam mana ker… “kertas awak ke?” Naim bertanya sebaik sahaja melihat wajah aqisa yang merah macam udang kena bakar tiba-tiba.

“eh..tak..” Aqisa mengambil kertas itu dan berpura-berpura membelek setiap inci kertas itu macam budak kecil yang baru dapat kertas. “tak tahulah tapi takpe biar saya simpan.macam tulisan Anna ni..haa adalah sikit..mungkin Anna punya.”

“iya ke macam tulisan Anna?saya tengok macam tulisan awak Aqisa..”

“eh?iya ke?emm macam mana awak tahu ni tulisan saya..awak admirer saya ya?”Aqisa selamba mengusik. Kalau boleh nak je dia lari beribu-ribu batu supaya Naim tak lagi berjumpanya. Malu beribu-beribu lemon. “eh apa pulak cik Aqisa oi..kan awak jual nota awak. Tulisan sama je..”

“oh yeka?emm takpa saya balik dulu awak jangan risau pasal kertas ni. Ni kertas Anna ni..biasalah dia tu..ok,bye!” Aqisa berlari-lari anak kearah asramanya tanpa menoleh lagi. Naim terpempan di situ. Dia ketawa kecil menyedari surat itu milik aqisa. Kesian aqisa. Malu la dia kat aku..

Pandai o pandai..macam mana lah kertas boleh jatuh sekali semalam..adeh malunya…habisla dah la selalu terserempak dengan dia..kantoi..kantoi..macam mana ni..menapak sahaja ke dalam bilik Aqisa tayang muka selamba. Anna yang ternanti-nanti di depan pintu tak diendahkannya.

“waaa si putera datang menghulurkan salam perkenalan. Si puteri dapat surat cinta.” Anna merampas surat di tangan Aqisa. Aqisa membiarkan saja. “aik? La ni surat kau tulis lama dah. Kenapa tak bagi kat dia?” Aqisa mengangkat bahu. “dahla.. nak pergi kerja.” Suara Aqisa kedengaran tak bermaya. Anna hanya memerhati riak Aqisa yang kelihatan lain.

No comments:

Post a Comment