Saturday 21 May 2011

cerpen : Bila Coklat Bertemu Cinta 4


BILA COKLAT BERTEMU CINTA


Hari itu Aqisa terpaksa naik teksi untuk ke rumah pak su. Mulanya dia bercadang untuk naik bas sahaja. Jimat sedikit duitnya. Tapi bila ditanya orang di stesen ramai yang tidak tahu bas yang perlu diambil untuk ke alamat tersebut. Bila tanya pak cik teksi hampir semua tahu tapi katanya kena naik teksi la sebab tak ada bas masuk jalan tu.

Dalam hati Aqisa fikir pak cik teksi ni sah kata macam tu sebab nak suruh naik teksi dia. Rupanya memang bas tak masuk pun area tu. Rumah dato dah tan sri. ‘Bapak kaya pak su aku.’ Aqisa diiring seorang pembantu…Indonesia. Sebab cara cakapnya lain benar. Tak adalah muda sangat adalah gaya mak cik sikit. Kemudian Aqisa diminta duduk di ruang tamu.

Lama duduk di situ Aqisa mula rasa kurang selesa. Ish kot la ditunjuknya bilik bolehla buat aksi landing. Ni duduk kat ruang tamu kena lah duduk ala-ala orang nak interview. Aqisa tersenyum sendiri. “emmm..Aqisa?” Aqisa menoleh. “Naim?” Naim duduk di hadapannya. “papa saya cakap anak saudaranya nak datang. Papa kerja jadi suruh saya tengokkan petang ni papa balik. Awak ke anak saudara tu?”

“Mungkin.” Naim mengerutkan wajahnya. Aqisa tersengih. “rasanyalah.. emm saya panggil pak su. Rasanya namanya abang saya cakap Murad.” Naim mengangguk-nganguk. “Murad?awak salah rumah ni. Murad rumahnya kat taman sebelah. Tak apalah. Awak duduk dulu petang nanti saya hantar awak.” Naim bangun dan berlalu. Aqisa terkebil-kebil di situ. Biar berul salah rumah?? Buat malu je! Tak sangka nya aku tersesat kat rumah Naim. Rumah Naim?huu boleh jeles awek-awek kat kampus. Tapi pak cik teksi tu yang beria-ia cakap tahu rumah ni.

Kemudian pembantu tadi datang dan menunjukkan bilik pada Aqisa. Mungkin untuk Aqisa berehat sementara dihantar ke rumah Murad. Petang itu Aqisa bersiap untuk ke rumah Murad tapi dipelawa makan dahulu oleh pembantu tersebut.


Aku melangkah ke meja makan. Ada seorang lelaki yang sebaya ayah, naim dan 3 orang remaja perempuan. Segan pula aku pada Naim.“oh ini Angah? Pak su tak kenal dah kamu. Dulu kecik lagi. Sekarang besar dah. Kamu pakai elok-elok ni nak keluar ke? Dengan beg semua?” aqisa merapatkan keningnya. ‘bukan aku silap rumah ke?’ Tiba-tiba tawa Naim berhambur. Semua mata melihatnya. Muka Aqisa merah. “kamu ni Naim..asyik pekena orang je.”

“abang ni..tak baiklah. Kesian kak tu” adik perempuan Naim yamg paling besar aku kira, menegur Naim. Naim tayang muka selamba. Biar betul aku dengan Naim ni sepupu. Aduh mimpi ke aku ni. Cuti 3 hari sudah aku fikirkan untuk habiskan di rumah pak su. Tapi bila dapat tahu pak su sekaya ni dan Naim anak pak su aku rasa macam nak lari balik je.

Pagi-pagi lagi aku bangun. Bilik adik-adik naim cerah. Begitu juga bilik naim dah pak su. Pak su dan naim keluar. Ke masjid aku kira dengan berbaju melayu.  Aku pula berjemaah dengan adik-adik Naim dan pembantu. Aku kira keluarga pak su baik sangat. Mungkin mak su dah tiada kerana dari kelmarin tiada siapa yang menyebut tentangnya.

“hai..rajinnya pagi-pagi lagi dah masuk dapur.” Usik Naim. Aqisa yang memotong sosej terkulat-kulat. “abang ni, suka kacau kak ngah. Biarlah kat kak ngah. Tak kacau abang pun.” Tegur Najihah. Adik Naim yang pertama. Umurnya 18 tahun. Tapi kecil aje orangnya. Aqisa sendiri ingat yang umurnya kira-kira 13-14 tahun. Yang lagi dua kembar! Tapi tak seiras. Seorang namanya Nurul seorang lagi Nurin. Ringkas sahaja. Tak ada nur atau siti seperti kebiasaan nama.

“eleh Naj ni..buat baik konon. Belakang kutuk-kutuk.” Aqisa menggulung sosej yang dipotong ke dalam roti bersama sekeping keju. Dia diam sahaja. “mana ada! Abang ni jahatla. Kak ngah tengok la perangai abang ni!” Naim ketawa besar kemudian memujuk Najihah. Nurul dan Nurin yang masih kecil itu hanya terkebil-kebil.

“kak ngah. Marilah duduk. Makan sekali.” Ajak Najihah. Aqisa menarik kerusi di sebelah Nurin yang tergagah-gagah hendak mencicah roti ke dalam susu. Aqisa membantu Nurin lantas menyuapkan roti ke dalam mulut Nurin. Nurin nganga lagi. Suka dia bila dimanja begitu. Najihah senyum. “laa suap Nurin je ke? Naim?” Naim buat muka serius. Aqisa terkedu. “abang!” teriak Najihah. Naim ketawa besar.

Tengahhari itu Aqisa bermain dengan si kembar. Nurul nampak lebih berdikari sedangkan Nurin lebih manja. Nurul menyusun lego sendiri. Nurin pula menyua lego ke arah Aqisa untuk disusun. Najihah juga duduk di situ membuat kerja rumahnya. Suka Aqisa melihat Nurin yang asyik mengagah untuk didukung. Aqisa lantas mendukung Nurin dan dibawa keliling rumah.

“Nurin…alo adik abang ni. Dah besar nak kena dukung lagi ye?” Naim tiba-tiba muncul dan menghampiri. Waktu itu Aqisa di ruang tamu tingkat bawah. Nurin mengagah pada Naim. Naim menyambut Nurin. Aqisa melangkah ingin berlalu.. “qis” Aqisa berhenti. Terasa lain irama jantungnya.

“ duduklah dulu. Naim nak cakap sikit.” Aqisa duduk di single sofa tak jauh dari tempat Naim duduk. “ya, cakaplah.” “qis, tahun depan qis habis lah kan belajar. Naim habis hujung tahun ni.” Aqisa hanya mengangguk. “qis, sudi tak kalau…” Aqisa lantas mengangkat muka. “…..naim nak pinang qis?” Aqisa terlopong.  Dia kaku.

Seketika suasana antara mereka sunyi. Nurin seakan memahami. Tiba-tiba Naim ketawa besar. Seraya Aqisa kembali berpijak di bumi yang nyata. “qis..qis.. Naim main-main je lah!” Aqisa tersengih. Terasa malu ya amat. Dia bangun lantas menuju ke biliknya. ‘naim main-main je lah!’ kata-kata itu diasak-asak ke ulu hatinya. ‘Naim asyik main-main, so jangan sangkut. Tapi dah lama sangkut. Naim pun tahu. Buat cool. Ya, buat cool.’

Malam itu pintu bilik Aqisa diketuk Najihah. Aqisa rasa tak larat. Rasanya dia terkena sergahan cinta lagi. “jiha, masuk. Pintu tak kunci.” “kak ngah? Kenapa ni?” Aqisa bangun untuk duduk. Diusap kepala Najihah. “akak tak larat la jiha. Nak demam agaknya.” Najiha merasa dahi Aqisa. “kak ngah demam dah ni. Panas ni. Jom, jiha ajak papa pergi klinik.” “eh takpe jiha. Akak ada ubat. Akak demam sekejap je. Lagipun esok akak nak balik. Its’ ok.”

Esok pagi-pagi Naim menunggu di depan tangga. Najiha sudah ke sekolah. Pak su pula seperti biasa, kerja. “Aqisa.” Aqisa senyum sedikit. Terasa tak bermaya. “ya Naim.” Naim pandang simpati. ‘Kenapa Aqisa ni macam lurus sangat ni..tak reti merajuk ke. Ni aku melawak sikit dah demam. Haritu kantoi surat cinta pun demam. Pandai je aku agak dia demam sebab aku. Yela aritu along Aqram datang cakap dia demam’

“qis, Naim bawak pergi klinik. Pastu Naim hantar balik U.” “tak pelah Naim. Baru-baru ni qis dah pergi klinik. Ubat pon ada lagi.”

“ok. Naim hantar balik u.” “eh takpe… Qis dah call pak cik haritu suruh dia ambil Qis kejap lagi.”

“Naim hantar. Pak su suruh.” Naim tayang muka serius. Aqisa mengangguk. Dalam perjalanan Aqisa rasa betul-betul tak sedap badan. Bersandar rasa mual, mengiring rasa pening. “Aqisa baring la. Tarik kerusi bagi jatuh sikit.” “emm.. takpe.” Rasa segan pula nak berbaring di sebelah si pemandu.

“Aqisa, pergi baring belakang. Jangan risau, Naim tak pandang lah.” Naim sekadar memahami. Kereta diberhenti dan Aqisa duduk di belakang. Tak lama kemudian dia berbaring dan tertidur. “qis.” Tiada sahutan. “Aqisa” senyap. Naim teragak-agak untuk memusing belakang. Dicapai handphonenya dan didail. “qis.. dah sampai” Aqisa bangun. Mulanya dia hairan dengan panggilan itu lama kelamaan dia baru tersedar.

Aqisa ketawa kecil. “susahnyeee nak kejut puteri Aqisa.” Perli Naim. “terima kasih. Terima kasih bagi qis tumpang rumah.. kereta..”   “apa pulak. Ni semua papa punya. Qis pun berhak.” ‘dan semua ni akan jadi hak Qis bila kita kahwin nanti.’ Usikan itu hanya disimpan di dalam hati. Kalau didengar dek Aqisa mahu dia demam panas seminggu. Dia ketawa sendiri.

No comments:

Post a Comment