Friday 20 May 2011

cerpen : Bila Coklat Bertemu Cinta 3



BILA COKLAT BERTEMU CINTA



  “qis? Ok ke?” teguran David mematikan lamunan Aqisa. Aqisa lantas membuat air coklat panas yang dipesan David. Terasa seram sejuk pula. ‘ Macam nak demam je’ Aqisa merasa dahinya. Huh? Bapak panas. Kenapa ni? Takkanlah sebab kes mamat pagi tadi. Pasal surat tu? Habislah aku kena usik dek Anna. Aduh..tak larat ni.

“qis, macam tak sihat. Pucat je.” Tegur David lagi. Aqisa tayang sengihnya. David mengangkat kening. Aqisa buat mulut muncung. David buat muka terkejut. Aqisa buat muka sedih. David merapatkan kening. “laaa dahla tu..” David ketawa kecil. “qis start dulu” david ketawa lagi. Aqisa turut David supaya duduk sebentar.

“macam nak demamlah.” Aqisa memegang dahinya berkali-kali. David angkat tangan cuba merasa dahi Aqisa. Aqisa pantas mengelak. “David…kau tak boleh sentuh aku la. Lupalah tu.” David menggaru kepalanya yang tak gatal. “emm habis tu, kau baliklah. Ambil cuti rehat sekejap. Nanti kalau bertambah teruk susah pulak”


David membuka notebooknya. Tangannya mula ligat menaip sesuatu. “david..aku rindu maklah..rindu adik-adik..abang.” Aqisa meletakkan kepalanya di atas meja. David mula tak fokus. Wajah Aqisa lain benar. Selalu happy je, bila dia sedih macam ni entahla… lain… “baliklah qis.. minggu depan bukan ada cuti ke?”

“emm berapa hari je. Kalau nak balik alang-alang biar sebulan dua. Setakat sehari dua, buat apa.” Aqisa bangun menyambung kerjanya. David tersenyum sendiri. Alahai qis.. Malam itu Aqisa rasa lain sangat. Demamnya pulak bertambah-tambah. Puas dipujuk oleh Anna supaya Aqisa ke klinik. Namun rupanya.. “Aqisa..sapa Aqram?” Aqisa bangun dari katilnya. “kenapa?”

************************************

“sebab nilah along risau Aqisa belajar jauh-jauh. Sakit susah tak ada orang nak tengok.” Aqisa merenung abangnya. Tergaris penat lelah di tangan dan wajahnya. Betapa besar pengorbanan abang. “baru je demam. Ada la yang tengok. Tu si Anna tu.” Aqram berleter setelah membawa Anna ke klinik. Hari itu hampir 5 jam dia memandu ke Selangor. Sudahla datang sorang, tak tahu jalan pulak. Mujurla UM ni semua orang tahu. Kereta pun pinjam je.

“iyalah. Tapi tak sama. Bukan ada talian darah pun. Orang luar tetap orang luar. Hum along nak bagitahu ni, semalam mak ada cerita pasal pak su. Kata mak , pak su tu adik bongsu ayah. Mak pon tak teringat yang dia ada tinggal kat sini. Mak teringat pon sebab minggu lepas pak su tu datang rumah.” Aqisa mengangguk. “ni alamat dengan number pak su. Along nak angah pergi rumah dia cuti nanti. Along dah bagitahu pak su pasal angah.”

Aqisa mengangguk lagi. Diiyakan sahaja kata-kata abangnya. Sudahla demam, tak pasal kena dengar ceramah. “angah?” aqisa tersenyum. “tak larat la along. Along sekarang pandai berleter eh..” aqram menarik pipi Aqisa. Aqisa ketawa kecil. “ni along pergi rumah pak su ke?” aqram mengangguk. “emm tapi esok Along dah nak balik. Along kerja. Kereta ni pon tuan dia nak guna. Along singgah kejap je tengok angah. Angah bukan nak rindu along ni ha..telifon pon payah.”

“ala..along ni..angah sibuk la..kerja lagi mana nak study lagi. Along ingat orang tak rindu ke. Orang rindu sampai nak nangis taw tak.”

“sampai nak nangis taw tak” aqram mengejek aqisa, kemudian dia ketawa. “pasal kerja tu, angah kalau tak larat berhentilah. Along dah naik pangkat. Adala duit sikit. Pak su pun banyak tolong.”  “ala tak naklah berhenti. Sayang kerja tu.”

No comments:

Post a Comment