Sunday 12 August 2012

Cinta Yang Teristimewa


Menginginkan kebahagiaan dalam cinta, harus bermula dengan mencintai Sang Pemberi Cinta, Allah yang Maha Esa. Ini tazkirah untuk saya dan kita :)
Jika kita melupakan Allah, kita tetap mampu mencintai si dia. Tapi sebentar cuma. Kita tak akan cinta bila si dia menunjukkan kelemahan dan terpamer keburukan. Kita juga selepas beberapa ketika hadir jemu di sisinya. Kita manusia, kuasa mencintai kita terbatas.
Namun bila kita mencintai Allah, kuasa mencintai kita menjadi hebat. Kita mampu memaafkan, hati kita luas dan lapang, kita menutup keaiban, memberi kasih sayang tanpa syarat, tidak marah, tidak menghukum, walau kadang kita mungkin melukakan hati si dia juga.
Allah, amat besar cinta yang dianugerahkan kepada orang-orang beriman.
Allah tak bosan dengan kita, makin kita mendekati Allah, makin Allah lebih cepat mendekati kita. Sedangkan si dia, dia rimas kita terkejar-kejar dia atau asyik menghubunginya. Seperti firman Allah dalam hadis Qudsi:-
"...Dan jika dia mendekati kepadaKu sejengkal, Daku akan mendekati kepadanya sehasta; Dan jika dia mendekati kepadaKu sehasta, Daku akan mendekati kepadanya sedepa; Dan jika dia mendatangiKu sambil berjalan, Daku akan mendatanginya dengan berlari.." 
(Riwayat Bukhari)
Allah boleh jaga kita sepanjang masa, bukan seperti si dia, diri dia pun selalu tak terjaga - malah dia pula menuntut kita menjaga dan memberi perhatian padanya :D (tak mengapa, kerana pasangan yang baik memang saling menjaga!)
Allah selalu ada bila kita perlukanNYA, bukan seperti si dia yang sibuk dengan urusan dunia yang tak selesai. (malah urusan berkaitan kita juga !)
Allah mendengar suara hati, sangat memahami setiap turun naik perasaan, mengetahui setiap hela nafas yang kegembiraan dan kesedihan. Bukan seperti si dia yang kadang sukar memahami.
Allah bagi kita hadiah dan nikmat macam-macam, yang sangat berharga untuk kita - yang kita tak boleh beli di pasaran... ada di pasar malamkah sekilo biji mata? Atau sekampit usus? Atau sepasang buah pinggang? :D
Maka, jalinkan cinta dengan DIA yang amat sempurna, sebelum menjalin cinta dengan manusia.
Malah, kita ajak si dia mencintai Allah lebih dari kita mencintai satu sama lain. InsyaAllah kita akan jadi pasangan yang paling bahagia. Allah lah yang akan jadikan si dia pasangan yang tak jemu dengan kita, yang menjaga kita, yang di sisi bila kita perlukannya. Alhamdulillah. Kalau dia tak ada di sisi, kita tenteram kerana kita dan si dia mengiktiraf penjagaan Allah lebih dari segalanya :)

Jika mencintai suami, anak-anak, keluarga, teman-teman - cintailah kerana kita mencintai Allah.
Maka berkongsi kasih sayang terasa indah. Jika si dia tak ingin mendekat dengan Allah, jangan putus asa, kita terus berbuat baik kepadanya, insyaAllah mudah-mudahan usaha kita menjadi sebab untuk dia mendapat hidayah Allah.
Jika ingin cinta kekal, cintailah Allah Yang Maha Kekal. CintaNya Tak pernah hilang.
Jika mencintai benda dan orang, tetapi tidak belajar mencintai Tuhan Pemberi Kehidupan... Selamanya tidak bertemu kebahagiaan ♥
Cinta tidak diikat dengan harta, tetapi dengan kekayaan Allah Yang Maha Memberi.
"...DIAlah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu'min, dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." 
(Surah al-Anfaal ayat 62-63)
Kadang tertanya, kenapa kita tidak miliki cinta?
Bersedihlah namun bangkitlah usahakan sebuah keimanan. Kerana Allah pasti berikan cinta pada hamba yang beriman. Luaskan erti cinta pada insan sekeliling- ibu ayah, keluarga, teman-teman dan orang-orang soleh, bukan sekadar lelaki atau wanita yang di damba.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang." 
(Surah Maryam ayat 96)
Ayuh berkongsi cinta, sebarkan bahagia dengan setia mencintai Tuhan!



Nurul Adni Adnan dilahirkan 22 September 1984. Puteri sulung ayahbonda tercinta, Adnan Abdul Manap dan Normah Sabar. Anak ketiga dari sembilan beradik. Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kini menetap di Meru, Klang. Telah berumahtangga dan diamanahkan seorang cahaya mata. Beliau berkongsi karya di http://sisi-kehidupan.blogspot.com

Friday 10 August 2012

i was homeless since 5 years old

bismillahirrahmanirrahim..

syukur.
satu kata yang tak terhenti diulang oleh hatiku. terasa mahu menangis semahunya tatkala aku melihat sebuah video. dia seorang lelaki. dia adalah anak yatim. dia hidup sendirian sejak berusia 5 tahun kerana dia dibuli di rumah anak yatim yang didudukinya sebelum itu. dia melarikan diri dari sana kemudian dia menjalani hidup tanpa sesiapa pun di sisi sejak itu. tanpa sesiapa. ya! sewaktu berusia 5 tahun aku masih merengek minta itu dan ini. makan masih mahu bersuap. tidur masih mahu dibuai. lalu, dimanakah kekuatan empunya tubuh yg menyara hidup sendiri di usia semuda 5 tahun? jika dia seorang islam, nescaya beruntunglah dia. kesabarannya layak dijadikan pedoman buatku dan semua remaja. ketulusan hatinya jelas ku terasa tatkala dia menyanyi kerna sungguh aku tak mengerti langsung apa yg dinyanyikan tapi terasa sebak di dada. ya Allah, yang maha adil, maha pengasih dan maha penyayang... kau angkatlah dia menjadi hamba yg beriman yang mensyukuri.. dan menjadi saudaraku seislamku :')



Thursday 19 January 2012

Cerpen (4) kasih dan sayang

Musim panas! Hampir seluruh kampus riuh dengan sorakan summer vocation. Tempoh 3 bulan cukup untuk aku pulang ke Malaysia! Namun aku tak dapat pulang kerna assignment yang banyak ditangguh. Mujurlah Aisyah tak bercadang pulang cuti ni. Taklah sunyi sangat aku kat rumah nanti. sambil tu Aisyah ajak bekerja di sekolah ustaz. Katanya tolong prepare keperluan pelajar di sana untuk pelajaran selepas summer ni. Aku on je. Janji tak boring. “Aisyah.. aku segan lah dengan ustaz. Kau janganlah bagi dia cakap dengan aku tau. Aku tak nak.” Aisyah mencebik. “Michael tak pa eh?” “tu lain Syah.. ustaz kan alim.. aku takut lah. Kot dia baca muka aku ni.. tengok hari tu diorang gelak-gelakkan aku.” Aisyah sekilas memandang abangnya yang sibuk meneliti rekod pelajar bersama beberapa guru lelaki lain. “ouh yang dekat bukit tu?” aku mengangguk sambil menyusun fail pelajar.

“Nak tahu tak diorang cakap apa dekat kau?” aku memandang Aisyah. “nak lah. Kau faham eh bahasa Arab?” Aisyah mendekatiku. “Taklah sangat. Aku sekolah biasa je dulu. Tapi ustaz kau tu lah cerita dekat aku. Student dia cakap, kau cantik…” aku terkedu. “Merapu je.” “eh betullah kau ni..” “dah..dah tak nak dengar. Kau cakap lagi tak nak kawan.” Aisyah memuncungkan mulutnya. “Puji pun marah.” Aku emncubit pipi Aisyah. Dia kemudian ketawa kecil. Kami menyambung kerja kami semula.

 “Tiara..” tiba-tiba ustaz datng duduk di sebelah Aisyah. Aku jadi kalut seketika. “Awak kenal Tehran?” aku terkejut mendengar nama itu. Apa kena mengena ustaz dengan Ran? Aku angguk. “Ouh..patutlah. Semalam saya pergi usrah dekat masjid Bandar. Muka dia macam muka awak. Kembar?” aku angguk sedikit. “Tapi Tiara ni kakak, Tehran tu adik.” Sampuk Aisyah. Ustaz senyum lebar. “Awak pernah pergi rumah dia?” aku menggeleng. “sorry lah banyak tanya.” Ustaz nampak segan. Mugkin sebab aku tak menyambut pertanyaannya. “Tak pernah pergi. Tapi tahulah dekat mana.” Aisyah ketawa kecil melihat abangnya yang malu-malu kucing. “saya pergi semalam..besar betul. Dia tinggal sorang je. Katanya kadang-kadang dia ajak kawan-kawan tidur sana.” Aku tersenyum. “Rumah tu papa kami yang belikan.”

“Papa beli rumah kat Hurigan. Cantik rumah tu. Nanti kita duduk sama-samalah. Best kan Ran?” Tehran memandangku tajam. “Tak apalah Ran..Tia duduk rumah dengan Aisyah. Ran duduklah situ.”  Tehran melepaskan keluhan. “Kenapa?” “Kenapa apa?” soalku semula. “Kenapa tak nak duduk rumah tu?” aku tersenyum. Sekurang-kurangnya Tehran mengambil tahu. “Tia kena ada kawan waktu belajar. Nak sembang ke..apa ke..” Tehran bangun. “Ikut sukalah…” lembut suaranya tapi penuh ketidak puasan hati. Hanya Allah yang tahu betapa perit hati aku bila Tehran selalu menjauh dari aku. Hari demi hari dia makin menjauhi aku. Pernah aku tanya pada mama dan papa tentang perubahan sikapnya. Mama hanya menasihati aku supaya bersabar. Papa pula cakap mungkin yang Tehran tension dengan masalah pelajarannya. Tak munasabah la papa…
*********************************************
Hari ni dah masuk dua minggu aku dan Aisyah bekerja di sekolah ustaz. Ustaz selalu bercerita mengenai Tehran. Tehran itulah..Tehran inilah.. macam-macam. Aisyah cakap ustaz saja cari topic nak berbual dengan aku. Aku ketawa geli hati. Aisyah pernah pesan.. “ Kau jaga-jaga. Ustaz kau tu dah lama nak kahwin. Tak ada calon je. Buatnya dia berkenan dekat kau.. jadi kak ipar akulah jawabnya.”

Sudah 2 minggu juga aku tak bersua dengan Tehran. Aku rindu nak berbual dengan dia. Dengar macam-macam cerita dari ustaz buat aku bertambah-tambah nak jumpa Tehran. “Tia.. aku cakap ni kau jangan nak ejek-ejek aku pulak tau.” Aku sengih. “tengoklah dulu.” Aisyah merenung aku. “aku ada ikut ustaz pergi rumah kau..alah yang Tehran duduk tu.” Aku tersengih. “ewah…ewah..” “ish..kau ni dengarla dulu..” aku sengih terus. Aisyah terkulat-kulat. “tapi kan aku nampak Tehran lain lah..macam kurus sikit.” “wah..pengamatan yang baik. Lama kau renug adik aku eh?” Aisyah memuncungkan mulutnya. “kau sampai hati…aku nak bagitahu je..dia nampak tak sihat je..kesian aku tengok.” Aku mematikan senyumku. Wajah Ran bermai di tubir mata. Tiba-tiba ustaz datang.. “Tia.. Ran..” aku bangun. “kenapa Ran?” “Dia pengsan kat masjid tadi. Orang masjid dah angkat pergi rumah.” Aku terpempan. Ran?? Ya Allah!

Friday 16 December 2011

cerpen (3) : Kasih dan Sayang


“Put only your stationary on your desk. You can open your book, but only the one writen by Albert Sinims. Other than that is not allowed.” Biar betul… aduh memang betullah ni.. open book quiz. Confirm susah! “how’s the quiz? Smooth huh?” tanya Michael yang tiba-tiba muncul. Aku tersengih. “Alhamdulillah.” Michael senyum. Sudah biasa mendengar aku mengucapkan sebegitu. “really? That’s good. Treat me?” aku mengangkat bahu. “No problem.” Aku berjalan beriringan dengannya. Sambil itu dia bercerita rancak mengenai perihal dirinya. Michael ni agak humor orangnya. Ada je ceritanya. “Tia..can I ask you something?” “since when you ask my permission to do that?” dia tersengih. “Why Tehran?he looks so cold.” “Really?why you said like that?” Michael ceritakan yang semalam dia terserempak dengan Tehran di pusat beli-belah. Dia tegur Tehran. Mulanya Tehran macam ok tapi lepas Michael menyebut tentang aku dia jadi dingin.

“Mungkin dia benci saya. Jadi tak payahla awak sebut nama saya depan dia.” Ucapku dalam slang inggeris. Michael mengeluh perlahan. “apa dah jadi?” kata Michael dalam slang inggeris juga. Aku menggeleng perlahan. Michael senyum kecil. Senyumnya boleh buat aku jatuh cinta mulanya. Tapi lama kelamaan dah lali pun tengok senyum dia. Ingat lagi waktu first time jumpa Michael… “Hey beautiful, are you in business course too?” ok, first skali aku terkejut disapa lelaki inggeris. Second, terkejut dia panggil beautiful! Aku mengangguk takut-takut. “I was staring you from the registration day. My luck I guess.” “Your luck?” “Yes, befriend with you? Can I ?” aku ketawa kecil kemudian mengangguk. Kelakar juga dia.  Semenjak dari tu kami rapat. Tapi aku tak pernah melampaui batasan.

Waaa penatnya. Badanku lenguh-lenguh setelah sehari suntuk mensiapkan folio history. Namun terasa kepuasannya sebab dah siap! “Tia.. oh Tia..” Aisyah melaung dari bawah. Tak pernah dia melaung sebelum ini. Kenapa dia tak naik je? Aku menjengah dari tangga. “ada apa?” sihat je Aisya ni. “Tia.. jom keluar? Ni ustaz kau ajak aku keluar. Tapi aku nak ajaklah kau. Nanti kau sorang pulak.” Aku blur. “ Ustaz aku?” Aisyah menggangguk. “Yelah..ustaz kau..abang aku.” Huh? Bila masa jadi ustaz aku ni.. Aisyah ni kan.. “Jom cepatlah.” “Aisyah..aku penatlah. Penat sangat. Betul ni.” Aku senyum padanya. Aku betul-betul nak rest. Bukannya aku tak nak keluar.. “ok takpelah. Kau rest lah. Nak pesan?”

Aku kembali menyambung rehatku yang terganggu. Nak tidur..tak mengantuk, tapi penat. Beberapa minit lagi masuk maghrib. Mungkin Aisyah pergi ke rumah ustaz. Aku mencari telefon.

Assalamualaikum adikku sayang. Tak jawab dosa
Aku menekan butang send. Saja nak mengusik Tehran. Biarlah nak meluat ke apa ke..

Waalaikumussalam

Aku senyum membaca mesejnya. Itu jelah yang dia nak balas pun. Lepas tu harap… tinggal harapan.

“Tia..orang laki tak boleh main teddy bear ke?” aku memandang Tehran. “Sapa cakap tak boleh?” “ala.. memang macam tu..kalau orang lelaki main teddy bear orang tengok pelik je. Ran suka lah teddy bear. Ran tak suka robot-robot semua tu.” Aku ketawa melihat Tehran. Dia seolah-olah merajuk. “Ran..main je ngan Tia. Kisah apa orang.” Tehran..Tehran.. kenapalah Ran. Aku habis fikir salahku. Sungguh tak ku temu. Apa sangatlah salahku. Takkan sebab asrama dulu? Ish.. tapi itulah. Sejak dia masuk asramalah dia perlahan-lahan renggang denganku..

Saturday 12 November 2011

hati - hati ... duhai hati...

bismillahirrahmanirrahim...

hati-hatilah duhai hati..
ku renung kau lagi... tersenyum manis dalam sepi..
aku renung dalam diam... wajahmu tenang dalam kelembutan...

hati-hatilah duhai hati...
tunduklah hati dari memandangnya...
biarkan tunduk dalam tawaduknya...
doalah duhai hati.. si dia menjadi peneman hari..

hati-hatilah duhai hati...
jangan menangis yg tulus suci..
kalau bukan dia penyejuk di hati..
pasti ada yang lebih mendinginkan..

hati-hatilah duhai hati..
hidup ini hanya untukNya...
senyumlah duhai hati..
pasti ada yg lebih baik...


tolonglah hati jangan pandanagnya lagi..
tolonglah hati jangan ingatkan aku pada wajah tenangnya...
tolonglah hati jangan melirik sikit pun padanya..
duhai hati yg suci...


:')

Saturday 27 August 2011

cerpen(2): Kasih dan Sayang


Sehelai sapu tangan yang muncul di depan mataku mengejutkan aku. Ustaz? Eh mamat ni.. apa entah namanya. Tapi macam ustaz je. “aisyah” aisyah duduk di sebelahku. “Kenapa dengan kau ni. Nangis je..” aku memuncungkan mulut menunjuk pada lelaki tadi yang sudah duduk jauh 5 batu dari kami. “ tu.. tulah abang aku. Dia mengajar agama kat sini. Eh, kau selalu datang sini eh?” aku mengangguk. “kau tahu tak, abang aku selalu datang sini. Siap bawa student dia. Tapi duduk depan sana. Entah-entah dia dengan student dia selalu nampak kau nangis-nangis kat sini tak?” aku telan liur. “are you serius?” aku membulatkan mata. “kau syah..jangan..aku dah la lama sangat dah duduk sini sorang aku.cakap sorang-sorang pon pernah.” Aisyah ketawa besar. “Cakap sorang?ya Allah Tia..asal cakap sorang..kenapa tak ajak aku..kau ni memang tau. Tak sayang aku.”

“Apa kes abang kau bagi aku sapu tangan ni..” aisyah ketawa lagi.. “dah tu aku sua kau tak sedar langsung siap aku panggil-panggil macam panggil tunggul je.aku suruh abang aku suakan, jampi-jampi kau sikit baru kau sedar” aku menggaru kepala yang tak gatal. “isy bukannya aku pengsan pun..kau datang sini buat apa?”

“Ingat nak tengok abang aku mengajar kejap lagi. Tup-tup ternampak kau. Memang terkejutlah jugak aku.” Aku sekilas memandang abang Aisyah. Kemudian memandang Aisyah pula. Mungkin keturunan Aisyah ni berhati murni semuanya. Baik-baik aje. Abangnya nampak muda, mungkin dalam 22-24. Nampak tenang sahaja air mukanya. “jomlah tengok abang aku,nak tak?” aku senyum simpul. “ala..seganlah syah..” “oit,bila masa pulak kau pandai segan-segan ni. Selalu on je.”

“yelah..abang kau,bukan abang aku. Lagipun aku tak pernah kenal pon abang kau.” Aisyah menarik muncungnya. “ish kau ni..yelah yelah. Jom!” aisyah melebarkan sengihnya. “ye… sayang kawan aku!” aku bangun mengikut Aisyah. Rupanya kawasan di situ memang sesuai dijadikan tempat belajar. Teduh,nyaman dan sedap mata memandang. “abang aku cakap, dia duduk mengajar kat sini selalu subjek yang tak perlu menulis sangat macam Tasawwur ke Sirah ke. Kalau Bahasa Arab atau subjek agama macam apa entah usuuddin la..apa la..aku pun tak tahu sangat.. yang tu abang ngajar dekat kelaslah.” Aku sekadar menggangguk. Seketika nampak beberapa orang pelajar datang dan menyalami abang Aisyah.

Mereka berbual dalam bahasa arab begitu fasih sedangkan nampak nyata mereka kesemuanya bukanlah orang arab. Seronoknya dapat bercakap dalam bahasa arab. Bahasa nabi-nabi.. “Eh tahu tak mereka ni pelajar yang genius-genius yang ditaja negara masing-masing untuk belajar kat Hurigan ni. Yelah..bukan senang nak belajar kat Hurigan ni. Kau tahu tak?” “Tahu.” Aisyah memandangku. “Mana kau tahu? Siapa cerita kat kau?” “Aisyah ni..tadi kan kau yang cerita kat aku. So, aku tahula..”  Aisyah mencubit pipiku. “kau ni kan..memang tau..”

Beberapa minit kemudian di hadapan ustaz,penuh dengan pelajar. Aku agak hampir mencecah seratus. Kesemua mereka lelaki. Sewaktu ustaz bercakap mereka tidak langsung membuka suara. Tidak ada pelajar yang tidur ataupun main-main..macam aku? Ternyata aku sangatlah tidak matang. Tiba-tiba salah seorang pelajar bertanya dan semua mata tiba-tiba menumpu pada aku dan Aisyah. Aisyah senyum tenang. Aku terkulat-kulat di situ. Ustaz menerangkan sesuatu pada mereka. Aku agak dia ceritakan Aisyah adiknya, dan aku kawan adiknya. Pelajar lelaki itu kemudian membalas sesuatu dan ustaz tersenyum seketika kemudian semua mata tertumpu pada… biar betul ni.

“Tia..kau jadi topic utama aku rasa.” “Aisyah..jom baliklah..aku tak nak duduk sinilah. Entah-entah diorang ni dapat baca air muka orang tak..tak pun kasyaf..ha boleh baca isi hati orang. Aku nak baliklah. Kau duduklah sini eh.” Aku lantas bangun meninggalkan Aisyah keseorangan. Tak sanggup aku dibelek-belek.
*****************************************************************
“mama.. nak balik..” aku merungut macam budak kecil.

“Tia..baru sebulan..hai dulu Tia yang beria nak duduk sana.”

“Sajalah nak rindu. Salah ke? Ma sihat ke? Papa?”

“Papa kerja la.. semua sihat. Esok, mama dengan papa nak balik kampong tengok nenek. Lama dah tak menjengah.”

“ ye ke ma..ala rindula pulak kat nenek.”

“Hem ada-ada je tia ni.” Aku ketawa perlahan. “Ha adik kamu sihat ke?”

“Eh mama tak call dia ke?” mama mengeluh dihujung talian. “dah berkali mama call dia tak angkat. Tapi semalam dah cakap dengan dia sebab dia call papa.Tia try lah call dia.cakap mama kirim salam ya.” Aku memberi salam setelah mama meminta diri. Banyak kerja katanya. Apalah sangat kerja mama. Mesti dengan pokok-pokok, takpun dengan persatuannya. Aku mencari nombor Tehran. Lantas aku menekan butang call.

“Assalamualaikum Ran.” Aku memberi salam seolah-olah tiada ketegangan antara kami. Namun salamku tak bersambut. “Ran berdosa tau tak jawab salam.” Kemudian terdengar salamnya perlahan. Aku tersenyum sendiri. “Ran, tadi pergi mana? Mama cakap mama call banyak kali Ran tak angkat.” “hem..” huh? Tu je? Hem? Apa tu.. “Ran cakap bahasa apa ni. Tak fahamlah cakap la elok-elok. Mulut ada kan.”  Dia diam tapi tak mematikan talian. “Ran sampai hati kan buat macam ni.”

“Ran, kalau tak jawab jugak, Tia pergi rumah Ran sekarang jugak!” selaepas hampir sepuluh minit aku membuang kredit bercakap sorang-sorang,aku lantas mematikan talian. Rasa geram membuak-buak. Tunggulah Ran.. “study..study..study..” Aisyah menyanyi-nyanyi sewaktu melangkah ke bilikku. Aku membuka buku business. Aisyah keluar semula. Esok kuiz lagi. Mujurlah ada Michael yang agak genius nak minta tolong ajar. Ada adik pun.. entahla.