Wednesday 18 May 2011

cerpen : Bila Coklat Bertemu Cinta 1

BILA COKLAT BERTEMU CINTA
     
 “Kriiiiiiinggg…..”,loceng berbunyi panjang. Lambat-lambat Aqisa menutup jam locengnya dan lambat-lambat juga dia bangun ke bilik air. Masih terasa lenguh-lenguh badannya kerana keletihan semalam.hai…alahai nasib badan…

        “Auuu!” Aqisa terjerit perlahan.’apasal pedih sangat pencuci muka aku ni?’ Dibelek semula pencuci mukanya.laaaa ni ubat gigi ni!hampeh betul. Lantas dia tersenyum sendiri. Sebaik sahaja dia keluar dari bilik air dilihatnya Anna teman sebiliknya masih berbungkus dalam selimut hello kitty nya. Dengan selamba aqisa mendekatkan mulutnya ke telinga Anna dan… “oiiiiiii!!”

       “Opocot!mak aku terbeliak,” Aqisa lari keluar dari biliknya sambil ketawa kecil. Sewaktu dalam perjalanan ke kuliah dia sempat memerhati Naim dari luar asrama putera.ahhh siapa tak kenal Naim. Pemuda paling kacak plus glamor plus plus kaya lagi. Aduh bertuah si jantung hati Naim. Siapa ya? Aqisa tertanya sendiri. Namun begitu sempat lagi dia membayangkan dialah orangnya. ‘Eh cun apa aku’.

         Petang itu seperti biasa setelah tamat kuliah dia akan ke Chocolate House. Sudah hampir setahun dia bekerja di situ. Pelbagai ragam pencinta coklat ditemuinya. “qis,macam biasa ya” ,pesan David seorang pemuda cina yang setiap hari akan singgah di chocolate house itu sambil berkepit dengan notebooknya. Pantas Balqis membancuh susu coklat untuk David. “David, susu coklat kurang gula siaaap!”

David bangun sambil ketawa. “ada-ada ja kamu.susu coklat ni mana ada taruk gula” Aqisa ketawa perlahan. “arini qis sendiri buat kek. Nak rasa? Kaw punya.” Katanya sambil tersengih. David mencebik mulutnya tanda tak percaya. “Ha jeles eh? Nak rasa free la tu.oh no no no..nak kena belilah..ni resepi nenek moyang tau” David menahan tawanya. “banyakla nenek moyang kamu..bak sepotong” David tahu pasti ada-ada saja taktiknya supaya dia membelikan kek coklat. Aqisa buat la,special la,lain dari yang lain la..macam la dia tak tahu Aqisa hanya melayan pelanggan bukannya buat kek..lagipun rasa kek coklat tu sama je setiap hari.


******************************************************

          Hari itu aqisa bekerja seperti biasa. Walaupun hari itu merupakan hujung minggu dia tidak mahu mensia-siakan masa yang ada. Lagi banyak cuti lagi banyaklah peluang dia untuk mencari duit. Chocolate house penuh dengan pelanggan di hujung minggu. Dari kanak-kanak hinggalah warga emas. Maklumlah Chocolate House memang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman yang berasaskan coklat dan semuanya dijual dengan harga yang murah belaka. Walaupun kedai itu nampak elegan dan mewah namun semua golongan berpeluang merasa coklat di situ.

           Kalau di tingkat bawah ruangnya lebih santai dan terbuka di tingkat atas ruangnya pula lebih formal dan tertutup. Ia khas untuk pelanggan yang sedang berurus niaga dan yang inginkan privacy.

           “David,ramai betul hari ni. Tak larat aku tau”

           “aik?kau merungut qis?selalunya lagi ramai lagi kau seronok?” ujar David yang mula menekan punat-punat notebooknya. Aqisa mengambil tempat di hadapan David. Waktu pelanggan mula sibuk dengan makanan masing-masing inilah Aqisa mengambil peluang menghilangkan lenguh di kaki setelah hampir 2 jam dia berdiri.

             “tak adalah macam tu. ramai sangat sampai nak duduk sekejap pun tak sempat. Tak adala macam kau. Duduk berjam-jam. Jeles aku tau”

              “qis..tak ada orang paksa kau kerja tau. Kau yang beria nak kerja. Kau sepatutnya time ni study. Walaupun exam lambat lagi tapi kan kena prepare awal-awal.”David mula mengalihkan wajahnya pada Aqisa.

             “Kau lainlah david. Dah bekerjaya. Aku ni kalau tak kerja mana aku nak cari duit nak belajar ni.” Aqisa tunduk merenung lantai Chocolate House yang berwarna coklat berkilauan. David merenung simpati pada Aqisa. Inilah realiti hidup sesetengah pelajar universiti yang terpaksa bekerja demi meneruskan pelajaran. Kalau nak diharapkan sangat pada biasiswa banyak mana sangatlah.

          “qis,walaupun kau baru kenal aku,kalau kau susah sangat mintak je tolong kat aku.aku tak kisah” Aqisa tersenyum dan melangkah ke kaunter bila beberapa orang pelanggan mula bersesak di sana. David mula berfikir sendiri. Kasihan Aqisa. Dari jauh dia merenung Aqisa. Gadis itu putih bersih wajahnya. Senyumnya yang manis dengan lesung pipit di pipi kiri nya bertambah menyerikan wajahnya. Kerana mukanya yang sering dimaniskan tanpa perlu ditambah gula itulah yang membuatkan Chocolate House mempunyai ramai pelanggan tetap.

           Malam itu Aqisa terpaksa berteduh di luar Chocolate House sementara menunggu hujan reda. Hujan yang turun sejak tadi langsung tidak menunjukkan tanda yang ianya akan berhenti. Aqisa mengeluh sendiri. Kalau lah ada motor, aku rela meredah hujan. Dia memerhati kedai seven eleven di seberang jalan. Walaupun hujan lebat begini masih ramai yang bersesak di kedai itu. Maklumlah lewat-lewat begini hanya kedai itu yang masih dibuka.

           “eh qis, tak balik lagi ke? Nak dekat pukul 12 dah ni..” aqisa menjenguk-jenguk si pemilik kereta.entah siapa yang menegurnya.

            “akulah..David!” suara David dikuatkan. Hujan yang lebat menenggelamkan suaranya.

            “oh David. Hujan lebat ni. Sekejap lagi kot..”

            “bahaya tunggu kat sini sorang-sorang. Kau tu dah la anak dara..Jomla tumpang aku” David sudah keluar dari keretanya. Rambutnya digosok perlahan mengeringkan sedikit rambutnya yang telah pun basah itu. Aqisa berkira-kira di dalam hati. Nak naik ke tak? Kalau tak naik nanti aku jugak yang rugi. Kereta mahal pulak tu tapi kalau naik…ish lagi bahaya. David ni memang la aku kenal tapi boleh percaya ke?
            
         “ kenapa tak percaya kat aku ke?” aqisa hampir tersedak. Eh macam tahu-tahulah pulak aku kata kat dia. Aqisa tersenyum sumbing.

          “emm tak apalah. Ni hujan nak berhenti dah.” Ya ke?hujan lebat aku cakap nak berhenti.. sah tak pergi sekolah aku ni.

           “habis tu nak tunggu la ni?” Aqisa mengangguk. “sorang?” Aqisa mengangkat bahu lalu mengangguk lagi. Habis tu kau nak teman ke?

           “tak pa lah kalau macam tu. Aku teman. Aku nak tumpangkan tak nak” David turut sandar pada dinding di hadapan chocolate house. Biar betul David ni. Macam tahu ja apa aku cakap.. ilmu apa la dia pakai ni.

              “ish..tak elok ni orang tengok,”

         “ha tahu pun jom aku hantar kau.sombong pulak dengan aku. Macam tak kenal aku. Jangan risaulah, kalau aku buat apa-apa kat kau lapor je kat polis..ha apa susah.” David terpaksa memaksa Aqisa. Maklumlah risau jika terjadi apa-apa pada Aqisa. Aqisa masih ragu-ragu.

         “jomlah!” david memanggil lagi. Hai susah juga nak mengajak Aqisa ni. David tersenyum sendiri bila Aqisa melangkah ke keretanya. Aqisa berdoa moga dia selamat tiba ke asramanya. Hujan masih lagi lebat. Mujurlah asrama Aqisa dekat sahaja dari Chocolate House.

         “Thanks david.emm macam mana kau nak balik ni?lebat sangat ni.tak Nampak jalan dah.dekat ke rumah?”Tanya Aqisa lambat-lambat.
        “Sri Kensari.tahu tak?”
        “la…jauh tu.ni macam mana ni?”
         “macam mana lagi.tumpang bilik kau lah.” David berkata selamba dengan wajah seriusnya. Wajah aqisa mula berubah. Biar betul david ni! Tiba-tiba dia ketawa besar.
        “qis..qis..gurau je lah.aku tunggu sini kot.kau masuklah. Nanti hujan reda aku balik.” Aqisa memandang simpati pada David. “la..kau buat muka kesian kenapa. Betul ni aku ok.” Aqisa mengambil payung yang dihulur David. David tersenyum. Comel juga aqisa ni.Tiba-tiba dia terasa debaran yang amat kuat di dadanya.kenapa ni? Aduh takkan aku jatuh kot..

1 comment:

  1. yea ! alhamdulillah siap jugak cerpen coklat bab 1 ni. enjoy :)

    ReplyDelete