Tuesday 28 June 2011

cerpen : Bila Coklat Bertemu Cinta 6


BILA COKLAT BERTEMU CINTA

“kak ngah, bila kak ngah balik belajar?” “bulan depan. Amboi macam nak suruh kak ngah balik cepat je.” Aqif sengih. “mana ada. Kak ngah minggu depan kak ngah kahwin eh?” “bertunang lah aqif.” Naim yang mendengar perbualan itu spontan terus memasang telinga. “oh bertunang tu tak kahwin lagilah?” “Angah dah ambil baju tunang?” along menyampuk lagi. “dah. Semua dah ready. Nak hias hantaran sikit-sikit ja lagi. Ada Najihah dengan mak ni banyak juga tolong.” Naim terdiam.

“kak ngah tunang dengan siapa?” tanya Najihah. Waktu itu mereka sudah pun masuk ke bilik. “dengan Muhammad. Kawan akak.” “kak ngah, Abang Naim macam mana?” Aqisa senyum. “macam mana apa jiha?” “dia kan suka kak ngah.” Aqisa senyum sahaja. ‘alahai Najihah.’ “mana ada lah. Tahu tak dia dah tahu dulu kak ngah suka dia. Tap dia yang tak suka kak ngah. Emm macam mana pulak tu?”

“betul ke? Habis kenapa Abang Naim tak ada makwe pon. Haritu nak datang sini pon dia cakap nak datang rumah makwe.” Aqisa terkedu. 
*************************************
“qis, nak tunang dengan siapa?” “Muhammad.”

“bia qis bercinta? Tak tahu pun.” “tak bercinta pun. Kawan biasa ja. Tak sangka dia nak pinang qis.”

“Naim macam mana?” “macam mana apa?”

“Naim nak kahwin dengan Qis?” “Naim buat lawak apa pulak.”

“kali ni betul-betul ni. Serius.” Aqisa berlalu menuju ke rumah. “qis!”  Naim mengikut langkahnya. “qis…habis tu apa maksud surat Qis? Nak menjadi puteri Naim..? nak menjadi orang yang ikhlas dalam mencintai Naim.. bukan sebab rupa..pangkat..atau harta…”

“Tapi Qis hanya menjadikan tu satu impian yang Qis yakin hanya impian kosong.” Naim memotong jalan Aqisa dan berhenti di hadapannya. “qis… kenapa?” “kenapa apa?”

“qis dah ambil hati ni sejak Naim baca surat tu. Qis tak faham lagi?” Aqisa menggeleng. “qis! Kenapa lurus sangat ni.” Aqisa mengangkat kening. “qis tak pandai..tak pernah cinta-cinta ni.”

“Qis…Naim suka Qis. Serius” Aqisa terlopong. “tapi Qis dah nak tunang.” Aqisa terus berjalan laju dan menuju ke rumah. Mak yang mendengar dari kebunnya tersenyum senang.

  Aqisa masuk ke bilik. Kali ini perasaannya lain. ‘kenapa ni… ya Allah. Demam lagi ke ni. Sergahan cinta? Kenapa waktu Muhammad cakap nak kahwin dengan aku, tak rasa macam ni pon? Tapi normal la kan. Macam aku ni, tak logic sangat, kena sergah je demam? Ya Allah, apa nak buat ni..Naim suka aku? Habis macam mana Muhammad?’

“Aqisa…boleh ke?” soal Naim. Aqisa demam lagi. Sudah berhari Aqisa begitu. Nak bergerak on susah. Aqisa mengangguk perlahan. Namun sempat lagi dia mengukir senyum. Aqisa duduk di kerusi dapur. “qis… saya dah cakap dengan Muhammad.” Aqisa memandang Naim.

“saya cakap..jaga awak elok-elok..” Aqisa terpempan. “saya asyik buat awak sakit…” Aqisa tunduk. “saya…” Naim diam. Hatinya benar-benar terluka. Memang…dulu dia suka main-main. Mungkin faktor umur yang mematangkannya. Dia memang ingin kan Aqisa. Tapi rasanya dah terlambat!

Naim bangun. Rasanya elok dia berhenti di situ lagipun.. “naim!” Naim berhenti. “naim tak habis cakap lagi.” “cakap apa qis?rasanya itu je yang patut. Naim rasa elok Naim balik Selangor.”

“balik? Balik after Naim caka macam tu kat Muhammad?” Naim angguk dalam senyum. “naim ingat Muhammad tu bendul ke?” Naim mengalih memandang Aqisa. Lain benar gaya cakapnya.

“Naim… Muhammad tak jadi datang..” suara Aqisa rendah semula selepas dipandang Naim. “dia faham..qis..naim..” Naim tersengih. “qis..naim…apa?” Aqisa masih dengan kelurusannya. Dia tergagap-gagap. Naim sudah ketawa mengekek dalam hati. “qis, majlis tu qis ganti pengantin la eh..” Aqisa termangu seketika. Ganti pengantin??

Thursday 2 June 2011

cerpen : Bila Coklat Bertemu Cinta 5


BILA COKLAT BERTEMU CINTA


Hari itu Aqisa ke Chocolate house seperti biasa. David sudah seminggu tidak datang ke Chocolate House. Aqisa rasa kurang senang dengan ketidakhadirannya. Silap sendiri juga sebab tak pernah nak tanya number telefon David. “assalamualaikum.” Aqisa terpana. Digosok matanya berkali-kali. Mungkin apa yang diihat bukan realiti. “Aqisa ni saya ni.” David? “aqisa panggil saya Muhammad.” Aqisa terdiam. “qis?” aqisa mengangkat kening. David senyum. Aqisa merapatkan kening. David angguk. Sah ni David. “Muhammad?”

Rupanya seminggu ketiadaan David atau telah pun dikenali sebagai Muhammad adalah kerana pertukaran agamanya. Rupanya Muhammad telah lama mendalami Islam. Aqisa sendiri bangga dengan penampilannya. Kini dia jarang-jarang lagi duduk di Chocolate House. Aqisa akui kadang-kadang terasa amat ketiadaan Muhammad. Tiada lagi yang ingin mengusiknya. Tiada lagi teman untuk dia berborak.

“Aqisa, kenapa lama tak telefon mak?” “mak…ni qis tipon la ni. Mak cuti semester ni Qis nak baliklah. Rindu kat mak, along, pastu adik-adik.”

“mak baru ingat nak ke sana. Rumah pak su kamu. Tapi dah kamu nak balik, tak apalah. Kamu pun dah lama tak balik sini.” “ye ke mak. Rumah pak su besar sangat la mak. Tak sesuai untuk kita ni.”

“iyalah kamu tu. Ada ja. Mak ada benda nak cakap dengan kamu ni. Minngu lepas ada orang datang risik kamu. Mak ada tengok budaknya. Elok benar. Macam cina sikit. Tak silap mak namanya Muhammad.” Aqisa menelan liur. “habis mak kata apa?” “mak ni dah tua qis. Teringin tengok anak-anak mak naik pelamin. Tapi mak tak paksalah kamu. Kamu tu sorang je anak dara mak. Mak serah kat kamu je. Kata Muhammad kamu kenal dia. Mak suruh Muhammad tu tanya kamu sendiri.”

Hampir setiap hari Aqisa mengelamun. ‘Muhammad? Buntunya aku. Mula-mula jadi David. Pastu tup-tup jadi Muhammad. Pastu nak jadi suami aku? Ya Allah. Bila pulak dia suka aku ni. Tu lah aku gatal sangat dok bersembang itu ini dengan. Entah-entah lama dah dia perhati aku. Memangla aku suka la jugak dia.. tapi kalau nak jadi isteri..aduh..’

“qis..kau ni fikir Muhammad lagi ke?” Aqisa menoleh. Anna baru pulang dari kelasnya. “iyalah Anna…aku ni tak tahu nak bagi jawapan apa tahu tak..mak aku macam suka tapi aku fifty-ffity.”

“kalau kau terima Muhammad, macam mana dengan Naim?” “Naim? Apa kena dia pulak. Semenjak dia habis belajar ni, batang hidung pun tak nampak. Kotlah nak jenguk aku ni yang kemaruk sorang-sorang kat dia. Pak su adalah jugak datang sibuk-sibuk pun.”

“aik?? Marah nampak. Marah tanda sayang.” Anna ketawa. “aku tak harap sangatlah Naim tu. Aku tahu dia baik..sangat. tapi aku rasa dia betul-betul tak ada feel kat aku. Aku ingat nak terima je Muhammad. Lagipun kita belajar dah nak habis.” Anna bangun dan duduk di sebelah Aqisa. Tangannya memeluk lembut bahu Aqisa.

“so aku rasa kau dah dapat jawapannya. Go on. I will always support you. Aku rasa macam sedih sangat. Sekejap je dah nak habis belajar. Rindulah aku kat kau nanti. konfirm!” “Anna kau ni tak habis-habis dengan ayat sedih kau. Kita still boleh jumpa. Apa kau dah tak nak jumpa aku eh? Sampai hati oo..”

***********************************

“kak ngah, waa cunnya sekarang. Rindu gile kat kak ngah.” Ujar Aqif adik bongsu Aqisa. Aqmal dan Aqeem turut menyerbunya. Aqram yang menjemput dari stesen bas ralit mengeluarkan beg baju Aqisa. Mak turut gembira dengan kepulangan Aqisa. Dipeluk anaknya itu dan dicium berkali-kali. “mak kalau iya pon jomlah masuk rumah. Kesian qis, penat tu.” Tegur Along. “Qis…Qis..rindu betul mak kat kamu. Jom masuk jom. Mak masak banyak tu. Adik-adik kamu tu semalam excited sangat kamu nak balik. Ditangkapnya ikan, ayam.”

“iye mak? Waaah makan besar Qis hari ni.” Hari itu sehari suntuk dia berbual dengan keluarganya. Aqeem sudah segak sekarang. Maklumlah tahun ini SPM. Buku tak berenggang darinya. Aqmal juga akan menghadapi PMR. Aqif pula baru melangkah ke sekolah menengah. Asyik nak berkepit dengan Aqisa.

“kak ngah, hari tu Abang mad telifon. Dia tanya kak ngah bila balik. Kak ngah nak kahwin dengan dia kan?” Aqif sengih-sengih. Aqisa mencubit perlahan pipi Aqif. “pandailah Aqif. Macam mana? Ok tak kak ngah kahwin dengan dia?” aqif sengih lagi. Along yang mendengar turut pasang telinga. “ok! Aqif suka dia. Dia baik.” Aqisa menggosok perlahan kepala Aqif.

“betul Angah?” sampuk along. Aqisa mengangguk dan senyum. “kamu dah bagitahu dia?” Aqisa angguk lagi. “ bila dia nak datang pulak?” “katanya cuti ni. Dia hantar rombongan masuk minang. Cuti ni angah tunang. Habis je belajar Angah kahwin. Tapi dia cakap ikut mak jugak nak macam mana.”

“ iyaka? Banyak lah persiapan kamu nak buat. Baju tunang lah, hantaran lagi, jamuan..” mak tiba-tiba datang dari dapur. Mak duduk di sebelah Aqisa. Along mengangguk. “Qis adalah duit sikit mak. Kalau along nak tambah pun ok.” Aqisa sengih. Along menjeling manja.

“mak..mak.. ada orang datang. Aqif berlari dengan beg sekolah yang masih kemas digalas. “qif, jangan lari macam tu. Jatuh nanti.” tegur mak dan menjengah ke luar. Aqmal dan Aqeem bersalaman dengan tetamu yang datang. “Murad! Kenapa tak bagitahu nak datang.” Murad bersalaman dengan mak. Naim ikut salam, begitu juga adik-adiknya. Aqisa menjengah ke luar. Pandangannya bertaut dengan Naim. Terasa bagai dunia terhenti. ‘Naim?’

“saya ni nak berangkat ke luar Negara. Tak lama pun dalam sebulan dua je. Bukan tak boleh nak duduk kat rumah tapi tulah tak ada yang nak tengok-tengokkan.” Suara pak su sampai ke telinga Aqisa. “Naim ni.. kebetulan ada projek kat sini, jadi eloklah dia tumpang sekali.” ‘Naim sekali? Sudah!’ Aqisa bangun ke dapur. ‘ya Allah kenapa aku rasa macam ni?kan aku dah nak tunang? Sedarlah wahai Aqisa!’

“eloklah tu Murad. Rumah ni bertambah meriah la. Aku ni seorang ja anak perempuan. Ada Najihah, Nurul, Nurin ni seronoklah jugak aku. Naim ni.. dulu kecik-kecik manja betul dengan Pak longnya.”

Naim tersenyum. ‘tak ingat lah pulak.’

“wahai tentera-tentera bangun!” jerit Aqisa. Sudah berkali dipanggil adik-adik lelakinya itu. Alongnya, Naim, Najihah, dan mak sudah lama bangun. Hari tu liat betul nak bangunnya. Mungkin keletihan bersembang dan bergurau dengan anak-anak pak su. Aqif kelihatan terpisat-pisat. “qif bangun sayang..pukul enam setengah dah ni. Cepatlah nak solat lagi, pergi sekolah lagi.” Aqif bangun dan berlalu. Jalannya terhuyung-hayang. “aqeem…aqmal… amboi dah besar pun susahnya nak bangun.” Aqeem mendesih. “bangunlah Aqeem! Aqmal!”

Aqisa fed up. “along, pergi panggil aqeem dengan aqmal tu. Susah betul nak bangun.” Along buat selamba. “along!” “biar Naim panggil.” Naim lantas berlalu dari dapur dan menuju ke bilik adik-adiknya. Aqisa terlopong. Along masih selamba. “Along ni kan. Suka buat tak tahu bila Angah cakap. Tengok tetamu pergi kejut tuan rumah. “Najihah, makan ye. Nanti Along hantar pergi kuliah.” Najihah mengangguk. “along!” aqisa geram. Dia malas mahu melayan Alongnya. Dia lantas menjenguk Nurul dan Nurin.

“Aqisa apa kabar?” tegur Naim. Aqisa waktu itu sedang duduk-duduk di pondok dekat kebun. Mak masih seronok menabur baja di pohon tomatonya. Aqisa tertunduk segan. “Alhamdulillah.” “balajar macam mana?” “ok. Naim kerja macam mana?” Naim duduk di sebelah Aqisa. Sedikit jauh dari duduknya Aqisa. “Alhamdulillah. Untung jadi anak bos.” Aqisa ketawa kecil