Thursday 5 May 2011

novel : Aishiteru bab 6

Bab 6 -Darisa
Peperiksaan SPM tamat sekelip mata. Waaaah..lega rasanya dapat berehat sepuas-puasnya selepas ini. Darwina memeluk aku erat selepas tamatnya peperiksaan yang terakhir. Ada air jernih yang bertakung di matanya.

“I’m going to miss you Risa.” Luah Wina dengan suara yang tersekat-sekat. Aku tak mampu untuk berkata apa-apa. Wina..kami berdua seperti belangkas. Ke mana sahaja mesti berdua. Namun bila perlu berpisah begini sayu rasanya.


“Take it easy. Nanti bila free, kita boleh jumpa lah.” Aku cuma menceriakan Wina. Huh! Sangat jelas kelihatan hipokrit aku di situ. Sendiri sedih tak nak ngaku!huhu… lumrah hidup.. ada pertemuan dan ada perpisahan. Aku dijemput mama dan papa untuk pulang. Kereta Mercedes papa yang masih berkilat itu menarik perhatianku.

“Papa baru beli ya?” papa mengangguk sambil tersenyum. Lama betul tak pulang ke banglo di Perlis. Selalunya aku balik bercuti di Pahang sahaja. Emm rumah mak ngah. Dekat sikit dari asrama. Banglo di Perlis pasti menjadi hiasan semata-mata tanpa ada yang mendiaminya.

Iyalah mama dan papa sibuk memanjang. Meeting sana sini. Tidur pula di hotel-hotel ataupun di villa yang ada.  Jika bekerja di luar negara banglo itu ibarat puaka. Ditinggal begitu sahaja tapi lengkap dengan keperluan harian. Ish entah-entah dah jadi rumah hantu kot!

“Lama tak balik sini kan?” luah mama sebaik sahaja menapak masuk ke dalam banglo itu. Aku senang dapat balik ke rumah sendiri. Tak sabar pula nak jumpa dengan kawan-kawan lama kat sini.

Dulu sebelum masuk asrama, aku bersekolah harian biasa sahaja. Jadi ramailah kawan-kawan aku kat sini. Belum sempat 10 minit loceng rumah berbunyi. Aku menjenguk ke luar. Mama membuka pintu untuk cik Ta. Cepat betul dia sampai. Cik Ta pembantu rumah aku dari dulu lagi.

Seminggu di banglo itu aku mulai rimas. Maklumlah tak ada apa yang nak dibuat. Sesekali aku ralit membaca Al Quran. Mengenal tajwid dan membaca buku-buku agama. Waktu begini aku rasa itulah perkara yang paling berfaedah untuk dilakukan.

“Nuha Darisa!”

“Saya!” cepat-cepat aku menyahut. Entah sudah kali ke berapa nama ku dilaung. Mungkin aku terlalu asyik mengelamun. “Risa, mama panggil banyak kali dah tahu. Mama ada tetamu. Turunlah kenal-kenal dengan kawan mama.” Ujar mama lembut. Aku tersengih-sengih.

“Ok!” lantas aku menukar pakaian yang lebih sopan. Aku menyarungkan slack hitam dan baju labuh ke paras lutut. Aku ikat kemas tudung dan membiarkan hujung tudung jatuh menutup dada.

Emm..agak-agak kawan mama yang mana ya? Aunty lisa? Mak long B? takpun uncle Wong.. aku ketawa kecil bila mengingatkan gelagat uncle Wong yang lucu itu. 

“Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam” salamku dijawab mama dan tetamu…huh?seorang wanita yang berusia awal 40-an dan Iqbal??

“Ni anak I..the only daughter and the only child. Nuha Darisa. Nuha, ni kawan lama mama, Aunty Sara. Yang tu anak bongsu Aunty, Iqbal.” Aku bersalam dengan Aunty Sara. Dia kelihatan lembut dan ramah.

“Papa mana?”soalku.

“Papa tengah belek kereta Uncle Mokhtar, suami Aunty Sara. Biasalah papa tu. Pantang tengok kereta.” Usik mama. Tak lama kemudian papa dan Uncle Mokhtar masuk ke dalam rumah.aku bangun dari dudukku bagi memberi ruang pada mereka.

“Owh..ini Nuha Darisa ya?amboi..dah jadi anak dara dah..tak lama lagi dapat menantulah.”usikan Uncle Mokhtar sedikit mengusik naluri aku. Haa orang baru habis spmlah, takkan dah nak kahwin kot.

Lama di situ aku seolah-olah ibarat tunggul kayu…yang comel. Tanpa menoleh pada sesiapa aku perlahan mengundur diri membawa langkah ke arah kolam renang yang beriak tenang itu. Tiba-tiba ada percikan air di mukaku. Eh?hujan? aku seraya memeandang ke langit. Cerah! Aku menoleh ke kanan..Iqbal?

Iqbal tersengih-sengih. “Laksa!” aku memandang wajahnya. Laksa?macam pernah dengar…

“Laksa!” aku buat tak endah. Menyampah aku mendengar suara tu. Time orang makan je nak kacau. Eee..meluat! “We,kau tahu tak laksa kau makan tu dah basi!” suara itu mengerudi telinga aku. Ish akulah..

“Woi Naim! Kau tu pendek! Sedar tak? Pendek!” terasa air jernih memercik lagi. Eh? “ha menung apa?” tegur Iqbal. Kenangan hampir 9 tahun dahulu mengingatkan aku pada panggilan laksa itu. “Ni naim? Eh ke..Iqbal..mana satu ni?”

                                                

“Mohd iqbal naim..mana-mana pon boleh..” Iqbal tersenyum. Kelihatan ramah dan banyak bercakap pula. Tak seperti hari tu.. kali ni kopiah pula mengganti bandananya. Aku agak..mungkin dia jenis suka tutup kepala kot. Emm kecilnya dunia. Tak sangka boleh jumpa semula. Hampir aku lenyapkan kenangan itu semua.


“Dulu Naim cakap balik Sarawak. Kalau sampai kita darjah enam, Naim tak balik sini jugak maknanya Naim tak akan balik selamanya,” lambat-lambat aku bercakap. Cuba menyusun kata.

“Emm memang macam tu pon. Iqbal emm..Naim emm..nak panggil apa? Iqbal ke Naim?” aku berfikir sebentar rasanya lebih sesuai kalau.. “Iqbal!” belum sempat aku cakap apa-apa suara Aunty Sara melanggar gegendang telingaku. Ops! Lunch time..

No comments:

Post a Comment