Sunday 12 August 2012

Cinta Yang Teristimewa


Menginginkan kebahagiaan dalam cinta, harus bermula dengan mencintai Sang Pemberi Cinta, Allah yang Maha Esa. Ini tazkirah untuk saya dan kita :)
Jika kita melupakan Allah, kita tetap mampu mencintai si dia. Tapi sebentar cuma. Kita tak akan cinta bila si dia menunjukkan kelemahan dan terpamer keburukan. Kita juga selepas beberapa ketika hadir jemu di sisinya. Kita manusia, kuasa mencintai kita terbatas.
Namun bila kita mencintai Allah, kuasa mencintai kita menjadi hebat. Kita mampu memaafkan, hati kita luas dan lapang, kita menutup keaiban, memberi kasih sayang tanpa syarat, tidak marah, tidak menghukum, walau kadang kita mungkin melukakan hati si dia juga.
Allah, amat besar cinta yang dianugerahkan kepada orang-orang beriman.
Allah tak bosan dengan kita, makin kita mendekati Allah, makin Allah lebih cepat mendekati kita. Sedangkan si dia, dia rimas kita terkejar-kejar dia atau asyik menghubunginya. Seperti firman Allah dalam hadis Qudsi:-
"...Dan jika dia mendekati kepadaKu sejengkal, Daku akan mendekati kepadanya sehasta; Dan jika dia mendekati kepadaKu sehasta, Daku akan mendekati kepadanya sedepa; Dan jika dia mendatangiKu sambil berjalan, Daku akan mendatanginya dengan berlari.." 
(Riwayat Bukhari)
Allah boleh jaga kita sepanjang masa, bukan seperti si dia, diri dia pun selalu tak terjaga - malah dia pula menuntut kita menjaga dan memberi perhatian padanya :D (tak mengapa, kerana pasangan yang baik memang saling menjaga!)
Allah selalu ada bila kita perlukanNYA, bukan seperti si dia yang sibuk dengan urusan dunia yang tak selesai. (malah urusan berkaitan kita juga !)
Allah mendengar suara hati, sangat memahami setiap turun naik perasaan, mengetahui setiap hela nafas yang kegembiraan dan kesedihan. Bukan seperti si dia yang kadang sukar memahami.
Allah bagi kita hadiah dan nikmat macam-macam, yang sangat berharga untuk kita - yang kita tak boleh beli di pasaran... ada di pasar malamkah sekilo biji mata? Atau sekampit usus? Atau sepasang buah pinggang? :D
Maka, jalinkan cinta dengan DIA yang amat sempurna, sebelum menjalin cinta dengan manusia.
Malah, kita ajak si dia mencintai Allah lebih dari kita mencintai satu sama lain. InsyaAllah kita akan jadi pasangan yang paling bahagia. Allah lah yang akan jadikan si dia pasangan yang tak jemu dengan kita, yang menjaga kita, yang di sisi bila kita perlukannya. Alhamdulillah. Kalau dia tak ada di sisi, kita tenteram kerana kita dan si dia mengiktiraf penjagaan Allah lebih dari segalanya :)

Jika mencintai suami, anak-anak, keluarga, teman-teman - cintailah kerana kita mencintai Allah.
Maka berkongsi kasih sayang terasa indah. Jika si dia tak ingin mendekat dengan Allah, jangan putus asa, kita terus berbuat baik kepadanya, insyaAllah mudah-mudahan usaha kita menjadi sebab untuk dia mendapat hidayah Allah.
Jika ingin cinta kekal, cintailah Allah Yang Maha Kekal. CintaNya Tak pernah hilang.
Jika mencintai benda dan orang, tetapi tidak belajar mencintai Tuhan Pemberi Kehidupan... Selamanya tidak bertemu kebahagiaan ♥
Cinta tidak diikat dengan harta, tetapi dengan kekayaan Allah Yang Maha Memberi.
"...DIAlah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu'min, dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." 
(Surah al-Anfaal ayat 62-63)
Kadang tertanya, kenapa kita tidak miliki cinta?
Bersedihlah namun bangkitlah usahakan sebuah keimanan. Kerana Allah pasti berikan cinta pada hamba yang beriman. Luaskan erti cinta pada insan sekeliling- ibu ayah, keluarga, teman-teman dan orang-orang soleh, bukan sekadar lelaki atau wanita yang di damba.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang." 
(Surah Maryam ayat 96)
Ayuh berkongsi cinta, sebarkan bahagia dengan setia mencintai Tuhan!



Nurul Adni Adnan dilahirkan 22 September 1984. Puteri sulung ayahbonda tercinta, Adnan Abdul Manap dan Normah Sabar. Anak ketiga dari sembilan beradik. Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kini menetap di Meru, Klang. Telah berumahtangga dan diamanahkan seorang cahaya mata. Beliau berkongsi karya di http://sisi-kehidupan.blogspot.com

Friday 10 August 2012

i was homeless since 5 years old

bismillahirrahmanirrahim..

syukur.
satu kata yang tak terhenti diulang oleh hatiku. terasa mahu menangis semahunya tatkala aku melihat sebuah video. dia seorang lelaki. dia adalah anak yatim. dia hidup sendirian sejak berusia 5 tahun kerana dia dibuli di rumah anak yatim yang didudukinya sebelum itu. dia melarikan diri dari sana kemudian dia menjalani hidup tanpa sesiapa pun di sisi sejak itu. tanpa sesiapa. ya! sewaktu berusia 5 tahun aku masih merengek minta itu dan ini. makan masih mahu bersuap. tidur masih mahu dibuai. lalu, dimanakah kekuatan empunya tubuh yg menyara hidup sendiri di usia semuda 5 tahun? jika dia seorang islam, nescaya beruntunglah dia. kesabarannya layak dijadikan pedoman buatku dan semua remaja. ketulusan hatinya jelas ku terasa tatkala dia menyanyi kerna sungguh aku tak mengerti langsung apa yg dinyanyikan tapi terasa sebak di dada. ya Allah, yang maha adil, maha pengasih dan maha penyayang... kau angkatlah dia menjadi hamba yg beriman yang mensyukuri.. dan menjadi saudaraku seislamku :')



Thursday 19 January 2012

Cerpen (4) kasih dan sayang

Musim panas! Hampir seluruh kampus riuh dengan sorakan summer vocation. Tempoh 3 bulan cukup untuk aku pulang ke Malaysia! Namun aku tak dapat pulang kerna assignment yang banyak ditangguh. Mujurlah Aisyah tak bercadang pulang cuti ni. Taklah sunyi sangat aku kat rumah nanti. sambil tu Aisyah ajak bekerja di sekolah ustaz. Katanya tolong prepare keperluan pelajar di sana untuk pelajaran selepas summer ni. Aku on je. Janji tak boring. “Aisyah.. aku segan lah dengan ustaz. Kau janganlah bagi dia cakap dengan aku tau. Aku tak nak.” Aisyah mencebik. “Michael tak pa eh?” “tu lain Syah.. ustaz kan alim.. aku takut lah. Kot dia baca muka aku ni.. tengok hari tu diorang gelak-gelakkan aku.” Aisyah sekilas memandang abangnya yang sibuk meneliti rekod pelajar bersama beberapa guru lelaki lain. “ouh yang dekat bukit tu?” aku mengangguk sambil menyusun fail pelajar.

“Nak tahu tak diorang cakap apa dekat kau?” aku memandang Aisyah. “nak lah. Kau faham eh bahasa Arab?” Aisyah mendekatiku. “Taklah sangat. Aku sekolah biasa je dulu. Tapi ustaz kau tu lah cerita dekat aku. Student dia cakap, kau cantik…” aku terkedu. “Merapu je.” “eh betullah kau ni..” “dah..dah tak nak dengar. Kau cakap lagi tak nak kawan.” Aisyah memuncungkan mulutnya. “Puji pun marah.” Aku emncubit pipi Aisyah. Dia kemudian ketawa kecil. Kami menyambung kerja kami semula.

 “Tiara..” tiba-tiba ustaz datng duduk di sebelah Aisyah. Aku jadi kalut seketika. “Awak kenal Tehran?” aku terkejut mendengar nama itu. Apa kena mengena ustaz dengan Ran? Aku angguk. “Ouh..patutlah. Semalam saya pergi usrah dekat masjid Bandar. Muka dia macam muka awak. Kembar?” aku angguk sedikit. “Tapi Tiara ni kakak, Tehran tu adik.” Sampuk Aisyah. Ustaz senyum lebar. “Awak pernah pergi rumah dia?” aku menggeleng. “sorry lah banyak tanya.” Ustaz nampak segan. Mugkin sebab aku tak menyambut pertanyaannya. “Tak pernah pergi. Tapi tahulah dekat mana.” Aisyah ketawa kecil melihat abangnya yang malu-malu kucing. “saya pergi semalam..besar betul. Dia tinggal sorang je. Katanya kadang-kadang dia ajak kawan-kawan tidur sana.” Aku tersenyum. “Rumah tu papa kami yang belikan.”

“Papa beli rumah kat Hurigan. Cantik rumah tu. Nanti kita duduk sama-samalah. Best kan Ran?” Tehran memandangku tajam. “Tak apalah Ran..Tia duduk rumah dengan Aisyah. Ran duduklah situ.”  Tehran melepaskan keluhan. “Kenapa?” “Kenapa apa?” soalku semula. “Kenapa tak nak duduk rumah tu?” aku tersenyum. Sekurang-kurangnya Tehran mengambil tahu. “Tia kena ada kawan waktu belajar. Nak sembang ke..apa ke..” Tehran bangun. “Ikut sukalah…” lembut suaranya tapi penuh ketidak puasan hati. Hanya Allah yang tahu betapa perit hati aku bila Tehran selalu menjauh dari aku. Hari demi hari dia makin menjauhi aku. Pernah aku tanya pada mama dan papa tentang perubahan sikapnya. Mama hanya menasihati aku supaya bersabar. Papa pula cakap mungkin yang Tehran tension dengan masalah pelajarannya. Tak munasabah la papa…
*********************************************
Hari ni dah masuk dua minggu aku dan Aisyah bekerja di sekolah ustaz. Ustaz selalu bercerita mengenai Tehran. Tehran itulah..Tehran inilah.. macam-macam. Aisyah cakap ustaz saja cari topic nak berbual dengan aku. Aku ketawa geli hati. Aisyah pernah pesan.. “ Kau jaga-jaga. Ustaz kau tu dah lama nak kahwin. Tak ada calon je. Buatnya dia berkenan dekat kau.. jadi kak ipar akulah jawabnya.”

Sudah 2 minggu juga aku tak bersua dengan Tehran. Aku rindu nak berbual dengan dia. Dengar macam-macam cerita dari ustaz buat aku bertambah-tambah nak jumpa Tehran. “Tia.. aku cakap ni kau jangan nak ejek-ejek aku pulak tau.” Aku sengih. “tengoklah dulu.” Aisyah merenung aku. “aku ada ikut ustaz pergi rumah kau..alah yang Tehran duduk tu.” Aku tersengih. “ewah…ewah..” “ish..kau ni dengarla dulu..” aku sengih terus. Aisyah terkulat-kulat. “tapi kan aku nampak Tehran lain lah..macam kurus sikit.” “wah..pengamatan yang baik. Lama kau renug adik aku eh?” Aisyah memuncungkan mulutnya. “kau sampai hati…aku nak bagitahu je..dia nampak tak sihat je..kesian aku tengok.” Aku mematikan senyumku. Wajah Ran bermai di tubir mata. Tiba-tiba ustaz datang.. “Tia.. Ran..” aku bangun. “kenapa Ran?” “Dia pengsan kat masjid tadi. Orang masjid dah angkat pergi rumah.” Aku terpempan. Ran?? Ya Allah!