Thursday, 28 April 2011

novel : Aishiteru bab 3

 Darisa -3

Memang tak salah lagi. Itu memang abang. Memang tak terduga setelah hampir dua tahun aku cuba menjauh darinya ,tiba-tiba aku dipertemukan dengannya. Bau minyak wangi itu menusuk-nusuk hidungku lagi. Rupanya dari abang. Dia mengikut aku dari belakang kemudian dalam jarak yang jauh. Ah..biarlah dia,ada aku kisah?huhu..buat-buat tak kenal sudah.

“Adik..” panggilan Anaz tiba-tiba mencemaskan aku. Isy nak apa pulak dia dengan aku. Aku memperlahankan langkah. Kemudian Anaz berjalan di sebelahku. Kawannya pulak mengikut dari belakang.
                                                             
“Adik nuha? Hampir abang tak kenal..mujur muka adik tak berubah kan?” Anaz bertanya sambil memerhati orang yang lalu lalang. Sekilas aku memerhatikannya. Rambutnya masih panjang. Wajahnya cerah dan bersih tanpa kumis ataupun janggut.

Ahhh…dia memang apa orang indon cakap emm ganteng gitu. Dengan aku, macam  tak matching je. Aku dah bawa hati ni jauh dari dia..sebab bila ada dia dalam hidup aku, aku rasa macam duduk dalam dunia khayalan ciptaan aku. Macam angan-angan yang kosong!

“Emm..” aku membalas perlahan dan mungkin hingga tak kedengaran. Perut aku yang ala-ala muzik orchestra lembut dan keletihan yang menggigit aku ni membuatkan aku malas untuk bercakap apa-apa pun. Dengan kudrat yang ada aku gagahi jua ke surau dalam shopping complex tersebut.

 “Ingatkan abang berangan je nak jumpa adik. Tak sangka jumpa betul-betul kan?” dia ketawa kecil. Kemudian dia menyambung katanya. “ yela sebelum ni asyik mesej ja tak pernah langsung jumpa. Adik dah besar sekarang ni ya tapi cuma tak tinggi-tinggi ja.” Anaz ketawa lagi. Aku hanya tersenyum. Tiada apa yang harus aku katakan.Aku masih dalam proses memujuk hatiku yang dah ala-ala jiwang berkarat ni. Aku masih berkecil hati dengannya. Kecil betul hati aku..huhu biarlah dia tidak tahu.

“Ok dah samai. Nanti abang suruh Shahril tunggu kat sini jelah.” Anaz merendahkan suaranya. Mungkin kerana suasana di sini agak lengang. Aku mencuri pandang ke arah kawan Anaz. Dari tadi aku lihat tak berenggang dengan telefon bimbitnya. “ Adik, itu Aboi..ingat lagi tak? Dia memang macam tu.” Terang Anaz menjawab persoalan yang bermain di mindaku.

“ Oklah,kat sini.” Aku bersuara setelah lama menyepi. Anaz sekadar tersenyum. Dia terus menghala ke surau. “Pesan apa dekat Risa?” tanyaku sebaik sahaja melihat Shahril sudah pun duduk di meja makan. “ sweet sour chicken rice. Risa tak makan sayur kan? Tu yang Ari pesan nasi ni. Nak air apa? Ari tak pesan pun.”

“Tak pa..air mineral risa ada lagi. Risa makan ya.” Aku terus menyuapkan nasi ke mulutku sebaik sahaja membaca doa makan. Ari tersenyum-senyum melihatku. Tengoklah memang aku tengah kebulur ni.

Aku perhatikan Shahril. Dia leka sekali berbual dengan Mukhriz, Iskandar dan Shamsul,Iqbal pula hanya mendengar. Sekali sekala dia tesenyum dan ketawa sorang-sorang? Eh taklah..sebab kawan-kawannya mengusiknya. Haish..kalau sorang-sorang mental ke apa..huhu

Rupanya Shamsul sudah bertunang. Hari itu merupakan hari terakhirnya untuk melepak sebagai seorang teruna. Tak lama lagi dia akan berumah tangga. “Jom main game nak?” usul Mukhriz sebaik sahaja lalu di sebalah tempat tersebut. “Riz,ni..adik gua ni..tak main la game-game.” Aku terkejut beruk. Game??

1 comment:

  1. waktu ini sgt sweet.. shahril mula suka pda darisa yg klihatan sgt comel waktu itu. darisa pula hya mmkirkan ttg anaz. emm tp siapa pula iqbal ?? cinta yg bersegi-segi :)

    ReplyDelete