Monday 25 April 2011

novel : aishiteru bab 1

Darisa-1

"Mana mak ngah?"aku menyoal. Dari asrama aku terus menuju ke rumah mak ngah. bila memberi salam tiada siapa pula yang menyahut. Aku mula gabra. haish..mana mak ngah? Sekilas aku terpandang rumah mak cik yang terang benderang. Emm Shahril kot ada.

"Aik?risa..mak ngah ikut kak Sal pergi rumah dia kot..bila Risa balik?" Darisa selamba menapak ke ruang tamu dan duduk di sofa berhadapan dengan Shahril. "Emm baru je..Risa dari asrama ni.."
"oh..patutla Risa pakai baju kurung ni. Baju asrama kan?" Laa Ari ni dah tahu tanya pulak. Darisa mengangkat kening tanda mengiakan kata-kata Shahril. "Dah lama ke mak ngah pergi?bila mak ngah balik ya?"

"Emm baru je. Mak ngah tak sihat sangat..tu yang kak Sal bawak mak ngah tinggal dengan dia." Shahril bangun membawa mug di tangan ke dapur. Darisa ikut membuntuti Shahril. "Ari..pakai lawa-lawa ni nak keluar ke?"
"Emm nak keluar cik Risa oi..keluar dengan kawan," Shahril kemudian mengambil kunci kereta polo nya dan selamba menghala keluar. Darisa terkulat-kulat memerhati Shahril. Loo Ari ni..kejam..habis aku nak pergi mana ni.. “Eh mak aii..Lupa pulak. Darisa nak pergi mana ye?emm ikut Arilah..jom!”

Aku tersengih. Selamat..alhamdulillah syukur nikmat…Darisa menyanyi kecil sambil mengekori shahril. Shahril tergelak mendengar nyanyian Darisa. Darisa buat tak endah.  Sudah terbiasa dengan Shahril. Bila pulang bercuti dari asrama untuk sehari dua dia akan pulang ke rumah mak ngahnya. Rumahnya di perlis,jauh pula dari asramanya di pulau pinang itu. Shahril pula tinggal sendirian kerana ibu bapanya iaitu mak cik dan pak cik Darisa menguruskan perniagaan di Kuala Lumpur.

Shahril kata ingin ke Queensbaymall. Darisa angkat kening. Mana mana lah..lapar ni. Dahla tak makan dari tengahhari tadi. Ni nak maghrib dah. Aku melingas kearah perkarangan tempat meletak kereta. Ada sekumpulan pemuda yang berkumpul di situ.  Bila mereka melihat kereta Shahril memasuki parking lot di sebelah mereka,mereka terdiam.

“Laa ari..patut lambat.bawa awek rupanya.” Aku terpempan seketika..huhu awek? Emm aku melihat sekilas dari dalam kereta. Yang menegur Shahril tadi aku kenal. Haha kenapa pulak lupa,dia pernah cuba mengambil perhatian kakak sepupuku dengan cara emm kentut?aku tergelak sendiri.

“Apa pulak awek..Risa la Riz” aku keluar dari front sit dan menjengul wajah kearah Mukhriz. Nampak gelojoh juga mereka memerhati aku. Adess malu la pulak. Kenapa ramai sangat kawan. Ingat ‘kawan’ yang Ari maksudkan. Kawan je rupanya. Habislah aku. Anak dara dengan sekumpulan jejaka. Haa boleh masuk paper ni. Popular aku!dahla comel..haha..

Salah seorang kawan ari hanya sekilas memerhati aku. Eh ada aku kisah?aku tahulah aku comel.. aku ingat lagi kata-kata Darwina,sahabat baikku. Katanya senyumanku sangatlah menawan. Bila dia sedih aku hanya perlu senyum dan segaris senyuman juga akan terpalit pada wajahnya.

Ha satu yang pasti. Aku memang suka perasan sendiri! Kui..kui..kui..sambil berbual rancak mereka melangkah masuk ke pintu masuk pusat beli belah tersebut. Aku hanya membuntuti dari belakang. Jauh dari belakang. Ari lupa lah agaknya..ataupun dia sengaja malas melayan aku..atau apa-apa ajalah asalkan aku tak kena tingggal sorang-sorang.

Aqisa menyelak jam di tangan. Dah nak dekat maghrib ni..tapi ramai lagi orang bersesak-sesak. Ari semakin jauh meninggalkan aku. Pendingin hawa sebagai penyambut tetamu itu membuat perut aku bernyanyi riang. Mak ai..laparnya!



Aku cuba mengejar jejak shahril. Aku menyelit di celah-celah orang ramai sambil cuba mengelak dari bersentuhan dengan yang bukan muhrim. Semakin lama Ari semakin hilang dari pandangan. Dengan perut aku yang macam orkestra cina dan pendingin hawa yang macam iceberg kepala aku turut berpinar-pinar. Macam ada bintang je atas kepala ni tengah main aci kejar.

Langkah Darisa mula tidak menentu. Kejap ke kiri dan kejap ke kanan. “cik..cik ok ke?” Suara garau itu menarik pendangaran Darisa. Bau minyak wangi pemuda itu tambah menyesak nafasnya. Darisa lantas duduk di kerusi panjang sementara masih ada kudrat. Sebelum orang lain dukung aku baik aku duduk.

Dia memegang kepala yang berdenyut dari tadi. Pemuda tadi turut berdiri memerhatikannya. ‘Ari….’ Darisa merintih perlahan.


No comments:

Post a Comment