Tuesday 23 August 2011

ALLAH engkau dekat. penuh kasih sayang... :)

menginjak dunia baru..

"mama...nak kahwinla" gurauku di hujung talian. mama membalas tenang. katanya erika baru 18. ilmu nak kahwin dah ada ke... aku mengasak dalam hati. ahh dah cukup solat 5 waktu. al quran pon terror apa baca.. bolehla tu kahwin 

"hehe erika nak kahwin awal.." usik kawan-kawan ku. aihh. oke apa kahwin awal. sunat tu. bisikku sendiri. bila difikirkan semula memanglah.. calon pon xada... nak kahwin? emm haha..

alhamdulillah..kalau ramai yg cakap budak2 baru masuk dunia ipt ni banyak jadi negatif. aku rasa aku tak. memang syukur sangat. alhamdulillah...

"erika duk mana?" tanya salah seorang budak kuliahku. alim orangnya. mungkin.  kebetulan aku satu group dengannya ketika itu. mulanya aku teringin nak menaruh harapan padanya tapi sayang... Allah sampaikan pada aku.. dia sudah ada yg berkenan di hati. mungkin orang yg berkenan itu lebih baik pada aku. eh, tak pelah...

Semuanya Dari Allah
"Allah..." Tangan saya menggeletar sewaktu ingin memeriksa keputusan peperiksaan semester lepas.
Menggeletar kerana saya seolah-olah pasti bahawa keputusan saya tidak akan sebagus mana.
"Bismillah..." Sebelah mata ditutup, tidak sanggup melihat keputusan yang bakal terpampang di hadapan mata.
Dalam beberapa saat sahaja, laman web portal pelajar mempamerkan keputusan.
Entah kenapa, mata saya terus mencari jumlah pointer.
"Alhamdulillah..." Air mata saya bergenang. Tangan saya masih menggeletar, menggeletar bukan lagi kerana takut tetapi kerana keputusan yang terpampang lebih daripada apa yang saya bayangkan.
Maka sahabat.. Adakah keputusan yang saya terima itu adalah hasil usaha saya sendiri?
Tidak. Mana mungkin saya mampu belajar jika Allah tidak mengizinkannya.
Mana mungkin saya mampu menghafal jika Allah tidak membenarkannya.
Mana mungkin saya bisa menyiapkan segala tugasan jika Allah tidak memudahkannya.
Justeru, jangan pernah walau sekali merasakan apa yang kita ada pada hari ini adalah hasil usaha kita sendiri. Sekali Allah tidak meredhainya, maka hancurlah semua...
Kita hanyalah memberi komitmen terhadap pelajaran. Siapkan tugasan di awal waktu, datang kelas, dan membuat ulangkaji. Namun di pengakhirannya Allah jua yang menentukan segalanya.
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya." - [Al-Imran : 159]

sedikit artikel dari iluvislam.com


*sedang menulis cerita baru.tajuk tak tahu lagi. mengenai 2 beradik yang belajar di oversea. kakak dan adik lelaki. tiara dan tehran. :)
 


No comments:

Post a Comment