Tuesday 28 June 2011

cerpen : Bila Coklat Bertemu Cinta 6


BILA COKLAT BERTEMU CINTA

“kak ngah, bila kak ngah balik belajar?” “bulan depan. Amboi macam nak suruh kak ngah balik cepat je.” Aqif sengih. “mana ada. Kak ngah minggu depan kak ngah kahwin eh?” “bertunang lah aqif.” Naim yang mendengar perbualan itu spontan terus memasang telinga. “oh bertunang tu tak kahwin lagilah?” “Angah dah ambil baju tunang?” along menyampuk lagi. “dah. Semua dah ready. Nak hias hantaran sikit-sikit ja lagi. Ada Najihah dengan mak ni banyak juga tolong.” Naim terdiam.

“kak ngah tunang dengan siapa?” tanya Najihah. Waktu itu mereka sudah pun masuk ke bilik. “dengan Muhammad. Kawan akak.” “kak ngah, Abang Naim macam mana?” Aqisa senyum. “macam mana apa jiha?” “dia kan suka kak ngah.” Aqisa senyum sahaja. ‘alahai Najihah.’ “mana ada lah. Tahu tak dia dah tahu dulu kak ngah suka dia. Tap dia yang tak suka kak ngah. Emm macam mana pulak tu?”

“betul ke? Habis kenapa Abang Naim tak ada makwe pon. Haritu nak datang sini pon dia cakap nak datang rumah makwe.” Aqisa terkedu. 
*************************************
“qis, nak tunang dengan siapa?” “Muhammad.”

“bia qis bercinta? Tak tahu pun.” “tak bercinta pun. Kawan biasa ja. Tak sangka dia nak pinang qis.”

“Naim macam mana?” “macam mana apa?”

“Naim nak kahwin dengan Qis?” “Naim buat lawak apa pulak.”

“kali ni betul-betul ni. Serius.” Aqisa berlalu menuju ke rumah. “qis!”  Naim mengikut langkahnya. “qis…habis tu apa maksud surat Qis? Nak menjadi puteri Naim..? nak menjadi orang yang ikhlas dalam mencintai Naim.. bukan sebab rupa..pangkat..atau harta…”

“Tapi Qis hanya menjadikan tu satu impian yang Qis yakin hanya impian kosong.” Naim memotong jalan Aqisa dan berhenti di hadapannya. “qis… kenapa?” “kenapa apa?”

“qis dah ambil hati ni sejak Naim baca surat tu. Qis tak faham lagi?” Aqisa menggeleng. “qis! Kenapa lurus sangat ni.” Aqisa mengangkat kening. “qis tak pandai..tak pernah cinta-cinta ni.”

“Qis…Naim suka Qis. Serius” Aqisa terlopong. “tapi Qis dah nak tunang.” Aqisa terus berjalan laju dan menuju ke rumah. Mak yang mendengar dari kebunnya tersenyum senang.

  Aqisa masuk ke bilik. Kali ini perasaannya lain. ‘kenapa ni… ya Allah. Demam lagi ke ni. Sergahan cinta? Kenapa waktu Muhammad cakap nak kahwin dengan aku, tak rasa macam ni pon? Tapi normal la kan. Macam aku ni, tak logic sangat, kena sergah je demam? Ya Allah, apa nak buat ni..Naim suka aku? Habis macam mana Muhammad?’

“Aqisa…boleh ke?” soal Naim. Aqisa demam lagi. Sudah berhari Aqisa begitu. Nak bergerak on susah. Aqisa mengangguk perlahan. Namun sempat lagi dia mengukir senyum. Aqisa duduk di kerusi dapur. “qis… saya dah cakap dengan Muhammad.” Aqisa memandang Naim.

“saya cakap..jaga awak elok-elok..” Aqisa terpempan. “saya asyik buat awak sakit…” Aqisa tunduk. “saya…” Naim diam. Hatinya benar-benar terluka. Memang…dulu dia suka main-main. Mungkin faktor umur yang mematangkannya. Dia memang ingin kan Aqisa. Tapi rasanya dah terlambat!

Naim bangun. Rasanya elok dia berhenti di situ lagipun.. “naim!” Naim berhenti. “naim tak habis cakap lagi.” “cakap apa qis?rasanya itu je yang patut. Naim rasa elok Naim balik Selangor.”

“balik? Balik after Naim caka macam tu kat Muhammad?” Naim angguk dalam senyum. “naim ingat Muhammad tu bendul ke?” Naim mengalih memandang Aqisa. Lain benar gaya cakapnya.

“Naim… Muhammad tak jadi datang..” suara Aqisa rendah semula selepas dipandang Naim. “dia faham..qis..naim..” Naim tersengih. “qis..naim…apa?” Aqisa masih dengan kelurusannya. Dia tergagap-gagap. Naim sudah ketawa mengekek dalam hati. “qis, majlis tu qis ganti pengantin la eh..” Aqisa termangu seketika. Ganti pengantin??

No comments:

Post a Comment