Wednesday 24 August 2011

Kasih dan Sayang


Hari ini genap sudah sebulan ku di tanah orang. Bumi Hurigan ini sangat mengasyikkan. Sekarang musim bunga. Apa yang paling seronok..sahabat di sini cukup ramah dan mesra. Bila berjumpa, bibir mereka tak lekang dari sekuntum senyuman. “tiara!” aku mengangkat muka. Memandang professor Adam yang memanggilku. “can you explain to me about our new topics?the Khurasan?” aku sengih. Eh topic baru? Yang lama dah habis eh? “khurasan sebuah negeri yang sekarang dikenali sebagai Uzbekistan. Terletak berhampiran dengan Hindustan. Ianya terkenal dengan sejarah islam yang dulunya……bla bla bla..” terang Tehran dalam pelat inggerisnya. Aku tunduk sendiri.kemudian Prof Adam memulakan kelas seperti biasa. Sedikit terkilan aku kerana terlepas dari menjadi prof tak bertauliah hari ini. Mahu taknya semalaman aku mengulangkaji subjek business. Mana sempat baca history. Malunyaaa…

“tiara?” aku mengangkat wajah. Penatnya aku hari ni sampai aku tertidur selesai sahaja tamat kuliah. “eh Michael?” dia tersenyum. “tired? You look very bad.” Eh suka hati je dia… “yes..” aku tunjuk muka penat.  Harap-harap dia fahamlah. “let’s go to eat. Give energy to yourself.” Makan? “don’t want lah Michael..” ha kan dah keluar slang melayu. Michael suka mengajak ku kemana-mana. Katanya aku tak berkira. Suka belanja. Jimat duit dia. Yelah..mama selalu bagi duit banyak. Buat apa duit banyak sangat. Belanja kawan-kawan yang tak senang sangatlah. “tiara.” dia memujuk. Aku buat muka muncung. “ok..ok” eh,Tehran? Aku menuju ke arahnya. “jom makan,Ran?” dia memandang kosong ke arahku. Lantas dia bangun dan berlalu. Aku senyum sendiri.

“tia…tia…” aku berlari kearah Tehran. Seraut wajah pedih tu menggusarkan hatiku. Aku membelek kakinya. Ya Allah! Tehran terpijak paku payung. “Ran..macam mana boleh kena ni..” dia mengeleng-geleng. Tehran tak menangis. Tapi wajahnya tergaris kepedihan. Dia memeluk erat tanganku. “sakit…” aku mendukung Tehran di belakangku. “tia..sakit.”

“tia?kenapa nangis ni?” teguran aisyah mengejutkan aku dari lamunan. “Tak ada pa.. homesick laa..” aisyah memandangku. “kau untung ada adik kat sini. Aku lagi homesick tahu tak. Sorang-sorang je.” Aku memeluk aisyah. “kau kan ada aku.”  “tia..aku teringin nak belajar dengan adik kau. Tapi kau ada sekalilah. Nanti aku segan..” aku tersenyum. Aisyah ni pemalu orangnya. Susah aku nampak dia bercakap dengan lelaki. “kenapa? Kau minat adik aku eh?” “ish kau ni..ada pulak…dia kan pandai. Aku nak tahu jugak dia belajar macam mana.” Aku memandang aisyah lagi. “betullah tia..kau ni..sampai hati.” Aku ketawa mengekek. “ala ala aisyah. Kau jangan tipulah..aku tahula taste kau. Adik aku tu kan ala ala ustaz gitu. Kau pun suka la eh. Tahu tak..dia tak payah baca buku pun pandai. Dia dah genius.” Aisyah bangun. Dia tayang muka selamba. “tak naklah cakap dengan kau. Suka macam tu tau..”
“Tehran?” aku terkejut melihatnya di sudut café. Aku nampak air mata di hujung matanya. Aku kenal Tehran. Tehran tak menangis. “Tehran tak nak nangis. Tia..mama..papa..ada dalam hati Ran. Air mata ni ada semua orang. Kalau Ran nangis, Ran hilang semua orang.” Itu katanya sewaktu nak meninggalkan rumah buat pertama kali. Dia memasuki sekolah berasrama penuh. Tapi kali ni… dia kenapa? “Aisyah..tunggu kejap ye..” aku bangun menuju ke arahnya. Seperti biasa, Ran memandangku kosong. “Ran..ok ke?” waktu tu tak kelihatan lagi air matanya. Ran memandangku tapi aku tak dapat membaca apa-apa dari air mukanya. “tehran..” dia bangun dan berlalu. Seperti biasa. Aku terasa sungguh. Kenapa Ran? Benci sangatkah dia pada aku? Tapi kenapa? Air mataku jatuh lagi. Aku terus meninggalkan café. Aku tak nak Aisyah tahu.

Aku duduk di pohon yang besar itu. Tak sempat aku search di internet apa nama pokok ini. Besar sangat. Kalau hujan pon belum tentu basah. “tia..tia..” suara kecilnya terngiang-ngiang di telingaku. Ran.. “tia.. Ran tak nak masuk asrama.” Terasa panas mataku.. “kenapa Ran?Ran pandai..kenalah belajar dengan orang-orang pandai.” “habis tia?tia pandai jugak.” Aku merenungnya. “tia perempuan. Tia kena duduk rumah. Tolong mama..papa..nanti kalau mama dengan papa sakit macam mana?siapa nak jaga?” Tehran nampak sedih sangat.”tia..ran takut kalau tak ada Tia..Ran sayang Tia. Tia kakak terbaik di dunia.” Aku menggosok kepalanya. “ran pun..”

No comments:

Post a Comment