Thursday 28 April 2011

novel : Aishiteru bab 4


Anaz -4

  Jantungku berdegup kencang. Macam tak percaya je. Mujur aku ingat lagi. Wajahnya dengan gambar yang dikirim pada telefon bimbit aku dua tahun lepas masih sama. Mahu tak terkejutnya ,seumur hidup aku tak pernah lagi aku bertemunya.

Dia juga mungkin terkejut juga seperti aku. Namun aku mula juga bercakap dengannya. Dia lebih banyak berdiam. Mungkin dia tak berapa sihat sewaktu aku beriringan dengannya ke surau.

 Adik rasa..adik rasa la kan..adik suka dekat abang..

Mesej yang dikirimnya waktu hampir satu pagi itu masih segar di ingatanku. Seribu kali sayang waktu tu hati aku betul-betul dah dicuri orang lain. Lagipun aku hanya menganggapnya seperti seorang adik dan aku rasa mungkin tak lebih dari tu.

Darisa …  emm boleh tahan. Comel je, dahla manis pulak tu. Bila senyum boleh cair orang tengok. Memang power lah dia punya kuasa senyum tu. Walaupun dah umur 17 tahun tapi kecil je orangnya. Comel pula tengok dia tadi, berbaju kurung batik, bertudung litup, dan memakai kasut sekolah berwarna hitam. Aku agak, dia baru pulang dari asrama.

Waktu dia di tingkatan tiga, dia hanya bersekolah biasa. Mungkin mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR lalu memasuki sekolah asrama. Aku menoleh melihatnya. Berkerut-kerut wajahnya. Entah apa yang dibualkan dengan Shahril. Dia seperti cuba meyakinkan Shahril. Sekilas aku memerhati Iqbal. Dia hanya merenung kosong pada Darisa. Haish macam lah aku tak tahu.. type kesukaan dia lah ni. Ala-ala alim kan..huhu

Aboi pula tak habis-habis dengan telefon dia. Awek sampai dua, bila dah terkantoi emm macam ni lah gayanya. Itu tak kena ini tak kena. Aku suruh pilih sorang je tak mahu, sayang dua-dua katanya. Ha ikut engkaulah Aboi.

Shahril bercakap dengan Darisa. Sesekali Darisa menggeleng- geleng kepalanya. Kemudian dia kelihatan seperti ingin meyakinkan Shahril. Shahril menghulurkan dua not duit kertas berwarna merah pada Darisa. “Kenapa? Darisa tak nak join?” Aboi mencelah. Isy sibuk betul lah mamat ni. Biarlah Shahril cakap dengan Darisa. Tapi elok juga. Boleh aku ambil tahu apa yang terjadi. Hehehe ..

“dia tak mahu. Katanya nak jalan-jalan kat luar ni ja. Dia tak nak masuk tempat tu.” Shahril bersuara perlahan. Mungkin bimbang meninggalkan Darisa keseorangan. “ Dia dah besar. Pandailah dia.” Shahril seolah-olah merajuk kemudian mengajak kami bergerak dan menuju destinasi. Darisa terkebil-kebil di sana. Alahai adik…

novel : Aishiteru bab 3

 Darisa -3

Memang tak salah lagi. Itu memang abang. Memang tak terduga setelah hampir dua tahun aku cuba menjauh darinya ,tiba-tiba aku dipertemukan dengannya. Bau minyak wangi itu menusuk-nusuk hidungku lagi. Rupanya dari abang. Dia mengikut aku dari belakang kemudian dalam jarak yang jauh. Ah..biarlah dia,ada aku kisah?huhu..buat-buat tak kenal sudah.

“Adik..” panggilan Anaz tiba-tiba mencemaskan aku. Isy nak apa pulak dia dengan aku. Aku memperlahankan langkah. Kemudian Anaz berjalan di sebelahku. Kawannya pulak mengikut dari belakang.
                                                             
“Adik nuha? Hampir abang tak kenal..mujur muka adik tak berubah kan?” Anaz bertanya sambil memerhati orang yang lalu lalang. Sekilas aku memerhatikannya. Rambutnya masih panjang. Wajahnya cerah dan bersih tanpa kumis ataupun janggut.

Ahhh…dia memang apa orang indon cakap emm ganteng gitu. Dengan aku, macam  tak matching je. Aku dah bawa hati ni jauh dari dia..sebab bila ada dia dalam hidup aku, aku rasa macam duduk dalam dunia khayalan ciptaan aku. Macam angan-angan yang kosong!

“Emm..” aku membalas perlahan dan mungkin hingga tak kedengaran. Perut aku yang ala-ala muzik orchestra lembut dan keletihan yang menggigit aku ni membuatkan aku malas untuk bercakap apa-apa pun. Dengan kudrat yang ada aku gagahi jua ke surau dalam shopping complex tersebut.

 “Ingatkan abang berangan je nak jumpa adik. Tak sangka jumpa betul-betul kan?” dia ketawa kecil. Kemudian dia menyambung katanya. “ yela sebelum ni asyik mesej ja tak pernah langsung jumpa. Adik dah besar sekarang ni ya tapi cuma tak tinggi-tinggi ja.” Anaz ketawa lagi. Aku hanya tersenyum. Tiada apa yang harus aku katakan.Aku masih dalam proses memujuk hatiku yang dah ala-ala jiwang berkarat ni. Aku masih berkecil hati dengannya. Kecil betul hati aku..huhu biarlah dia tidak tahu.

“Ok dah samai. Nanti abang suruh Shahril tunggu kat sini jelah.” Anaz merendahkan suaranya. Mungkin kerana suasana di sini agak lengang. Aku mencuri pandang ke arah kawan Anaz. Dari tadi aku lihat tak berenggang dengan telefon bimbitnya. “ Adik, itu Aboi..ingat lagi tak? Dia memang macam tu.” Terang Anaz menjawab persoalan yang bermain di mindaku.

“ Oklah,kat sini.” Aku bersuara setelah lama menyepi. Anaz sekadar tersenyum. Dia terus menghala ke surau. “Pesan apa dekat Risa?” tanyaku sebaik sahaja melihat Shahril sudah pun duduk di meja makan. “ sweet sour chicken rice. Risa tak makan sayur kan? Tu yang Ari pesan nasi ni. Nak air apa? Ari tak pesan pun.”

“Tak pa..air mineral risa ada lagi. Risa makan ya.” Aku terus menyuapkan nasi ke mulutku sebaik sahaja membaca doa makan. Ari tersenyum-senyum melihatku. Tengoklah memang aku tengah kebulur ni.

Aku perhatikan Shahril. Dia leka sekali berbual dengan Mukhriz, Iskandar dan Shamsul,Iqbal pula hanya mendengar. Sekali sekala dia tesenyum dan ketawa sorang-sorang? Eh taklah..sebab kawan-kawannya mengusiknya. Haish..kalau sorang-sorang mental ke apa..huhu

Rupanya Shamsul sudah bertunang. Hari itu merupakan hari terakhirnya untuk melepak sebagai seorang teruna. Tak lama lagi dia akan berumah tangga. “Jom main game nak?” usul Mukhriz sebaik sahaja lalu di sebalah tempat tersebut. “Riz,ni..adik gua ni..tak main la game-game.” Aku terkejut beruk. Game??

Tuesday 26 April 2011

novel : Aishiteru bab 2

Shahril -2

 Aku tersenyum lagi. Sudah lama rasanya tidak dapat melepak bersama kawan-kawan begini. Maklumla sebelum ini kan aku ikut ibu dengan ayah pergi KL. Senangnya hati dapat jumpa mereka lagi.

“Gua heran ar.. tadi gua rasa ada girl join kita. Ni tak ada pulak.” Kata-kata Iqbal yang tak pernah berenggang dengan bandana di kepalanya mengejutkan aku. Itulah Iqbal..meskipun pendiam dan tidak berapa bergaul dengan perempuan ,dia sangat prihatin. Itulah yang menarik minat aku untuk menjadi sahabatnya.

“Ya Rabb…Risa..Ya Allah..macam mana boleh lupa Risa ni.” Aku mulai kalut. “ Korang pergi sembahyang dulu. Aku cari Risa. Nanti aku join.” Aku terus berpatah arah dan mencari kelibat Darisa. Gadis kecil molek itu walaupun sudah berusia 17 tahun tapi tak pernah pandai merungut. Kalau gegirl lain aku rasa habis aku. Alahai Darisa..

“Darisa! Nuha Darisa!,” aku pasti itu Darisa. Yang paling mendebarkan langkahnya seakan tidak menentu. Aku terus mendapatkannya. Wajahnya pucat sangat. Mujurlah ada sepupuku, Anaz yang mengekorinya dari belakang.

“ Risa, duduk sini.” Aku menunjuk kearah kerusi di hadapanku di kawasan Mcdonald. “ Awek lu ke?laa nasib baik gua tak tangkap cintan tadi.” Luah Anaz bersahaja sambil tersengih. Dia lantas menghulurkan sebotol air mineral pada aku.

“Risa, minum dulu.” Serba salah aku melihat keadaan Darisa. Sedikit demi sedikit dia meneguk air itu. Kemudian dia menuangkan sedikit air itu ke tapak tangannya dan diraup ke wajahnya. Dia menyembamkan wajahnya ke meja kemudian perlahan-lahan mengangkat ibu jarinya menandakan dia ok.

“ Anaz sorang ja? Aboi mana?” aku berbual dengan Anaz sementara menunggu Risa berehat. “Aboi ada. Tu…dekat kedai telefon tu. Kenapa dengan awek lu?” Anaz melabuhkan punggungnya di sebelah aku.

“Adik sepupu..dua pupu kau jugak. Tapi kau tak pernah jumpa rasanya. Aku rasa dia pening sebab tak makan kot.” Aku merenung tubuh lesu itu lagi. Matching sangat ke dia dengan aku..asyik-asyik dikatakan aku ini sepupunya. Ni tak syiok ni..

Darisa memanggungkan kepalanya semula lantas menangkap wajahku. Dia tersenyum lagi. Senyuman manis itu..tak pernah menjemukan! Dia juga langsung tidak merungut. “Sorry..Risa lapar sangat kot tu yang pening sikit.” Aku hanya tersenyum.

“Jom sembahyang. Kawan-kawan Ari dah pergi. Aku bangun tapi Anaz terpaku bagai dipukau Darisa. Wajahnya seperti ditarik wajah Darisa. Darisa menoleh pada Anaz. Sekali lagi.. Darisa pulak macam kena pukau dek Anaz. Drama apa pulak ni..drama baru kot. Cinta pandang pertama..

“Darisa,ni Anaz. Sepupu kita jugak.” Aku memperkenalkan mereka. “Owh sepupu..tak apalah..jom pergi..dah lewat ni..” Risa berpaling dari Anaz. “Larat tak..nanti jatuh pulak..”  Aku sedikit risau dengan Risa. Anak orang oi..

“Boleh je ni..jom.” Darisa mula mengorak langkah. Aku  pun tetapi dah alang-alang dekat dengan kedai telefon aku singgah jap bayar duit line maxisku. “Anaz,tengok Risa jap. Nanti aku follow.” Darisa melihatku dan tersenyum lagi. Tenang jiwaku seketika. Aiseh…

Monday 25 April 2011

novel : aishiteru bab 1

Darisa-1

"Mana mak ngah?"aku menyoal. Dari asrama aku terus menuju ke rumah mak ngah. bila memberi salam tiada siapa pula yang menyahut. Aku mula gabra. haish..mana mak ngah? Sekilas aku terpandang rumah mak cik yang terang benderang. Emm Shahril kot ada.

"Aik?risa..mak ngah ikut kak Sal pergi rumah dia kot..bila Risa balik?" Darisa selamba menapak ke ruang tamu dan duduk di sofa berhadapan dengan Shahril. "Emm baru je..Risa dari asrama ni.."
"oh..patutla Risa pakai baju kurung ni. Baju asrama kan?" Laa Ari ni dah tahu tanya pulak. Darisa mengangkat kening tanda mengiakan kata-kata Shahril. "Dah lama ke mak ngah pergi?bila mak ngah balik ya?"

"Emm baru je. Mak ngah tak sihat sangat..tu yang kak Sal bawak mak ngah tinggal dengan dia." Shahril bangun membawa mug di tangan ke dapur. Darisa ikut membuntuti Shahril. "Ari..pakai lawa-lawa ni nak keluar ke?"
"Emm nak keluar cik Risa oi..keluar dengan kawan," Shahril kemudian mengambil kunci kereta polo nya dan selamba menghala keluar. Darisa terkulat-kulat memerhati Shahril. Loo Ari ni..kejam..habis aku nak pergi mana ni.. “Eh mak aii..Lupa pulak. Darisa nak pergi mana ye?emm ikut Arilah..jom!”

Aku tersengih. Selamat..alhamdulillah syukur nikmat…Darisa menyanyi kecil sambil mengekori shahril. Shahril tergelak mendengar nyanyian Darisa. Darisa buat tak endah.  Sudah terbiasa dengan Shahril. Bila pulang bercuti dari asrama untuk sehari dua dia akan pulang ke rumah mak ngahnya. Rumahnya di perlis,jauh pula dari asramanya di pulau pinang itu. Shahril pula tinggal sendirian kerana ibu bapanya iaitu mak cik dan pak cik Darisa menguruskan perniagaan di Kuala Lumpur.

Shahril kata ingin ke Queensbaymall. Darisa angkat kening. Mana mana lah..lapar ni. Dahla tak makan dari tengahhari tadi. Ni nak maghrib dah. Aku melingas kearah perkarangan tempat meletak kereta. Ada sekumpulan pemuda yang berkumpul di situ.  Bila mereka melihat kereta Shahril memasuki parking lot di sebelah mereka,mereka terdiam.

“Laa ari..patut lambat.bawa awek rupanya.” Aku terpempan seketika..huhu awek? Emm aku melihat sekilas dari dalam kereta. Yang menegur Shahril tadi aku kenal. Haha kenapa pulak lupa,dia pernah cuba mengambil perhatian kakak sepupuku dengan cara emm kentut?aku tergelak sendiri.

“Apa pulak awek..Risa la Riz” aku keluar dari front sit dan menjengul wajah kearah Mukhriz. Nampak gelojoh juga mereka memerhati aku. Adess malu la pulak. Kenapa ramai sangat kawan. Ingat ‘kawan’ yang Ari maksudkan. Kawan je rupanya. Habislah aku. Anak dara dengan sekumpulan jejaka. Haa boleh masuk paper ni. Popular aku!dahla comel..haha..

Salah seorang kawan ari hanya sekilas memerhati aku. Eh ada aku kisah?aku tahulah aku comel.. aku ingat lagi kata-kata Darwina,sahabat baikku. Katanya senyumanku sangatlah menawan. Bila dia sedih aku hanya perlu senyum dan segaris senyuman juga akan terpalit pada wajahnya.

Ha satu yang pasti. Aku memang suka perasan sendiri! Kui..kui..kui..sambil berbual rancak mereka melangkah masuk ke pintu masuk pusat beli belah tersebut. Aku hanya membuntuti dari belakang. Jauh dari belakang. Ari lupa lah agaknya..ataupun dia sengaja malas melayan aku..atau apa-apa ajalah asalkan aku tak kena tingggal sorang-sorang.

Aqisa menyelak jam di tangan. Dah nak dekat maghrib ni..tapi ramai lagi orang bersesak-sesak. Ari semakin jauh meninggalkan aku. Pendingin hawa sebagai penyambut tetamu itu membuat perut aku bernyanyi riang. Mak ai..laparnya!



Aku cuba mengejar jejak shahril. Aku menyelit di celah-celah orang ramai sambil cuba mengelak dari bersentuhan dengan yang bukan muhrim. Semakin lama Ari semakin hilang dari pandangan. Dengan perut aku yang macam orkestra cina dan pendingin hawa yang macam iceberg kepala aku turut berpinar-pinar. Macam ada bintang je atas kepala ni tengah main aci kejar.

Langkah Darisa mula tidak menentu. Kejap ke kiri dan kejap ke kanan. “cik..cik ok ke?” Suara garau itu menarik pendangaran Darisa. Bau minyak wangi pemuda itu tambah menyesak nafasnya. Darisa lantas duduk di kerusi panjang sementara masih ada kudrat. Sebelum orang lain dukung aku baik aku duduk.

Dia memegang kepala yang berdenyut dari tadi. Pemuda tadi turut berdiri memerhatikannya. ‘Ari….’ Darisa merintih perlahan.


Saturday 23 April 2011

try me !



bismillahirrahmanirrahim..dengan namaMu ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

alhamdulillah today i'm did not have anything to talk about just some knowledge to share for..hope this help u a lot..here i attached along the meaning of this bismilah enam


Makna bismillah enam
Dgn nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.
Dgn nama Allah Maha Mendengar, Maha Melihat yang tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA bagi segala sesuatu amat mengetahui.
Dgn nama Allah, Maha Pencipta, Maha Berilmu yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Pembuka Maha Berilmu.
Dgn nama Allah yang tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Berilmu dan Maha Mengetaui.
Dgn nama Allah yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha berilmu dan Maha Berkuasa
Dgn nama Allah yang Maha Perkasa dan Maha Mulia yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Perkasa dan Maha Mulia.
Dgn nama Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Pengampun dan Maha Penyayang
Maka Allah sebaik-baik Pemelihara dan DIA menyayangi orang-orang yang penyayang.
Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat Baginda dan keselamatan.
Dan biarkanlah mereka yg menafikannya. Semoga mereka mendapat hidayah Allah swt. Amin.

haaaa this is their meaning..now search for what??
ohhh i see..the fadhilat right...?here there are..

  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.
AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH

emm actually i'm copy ths from a website that is quran digital website.and there are many more about bismillah enam u can search there..

ehem2..huhu speaking a pulak..k,that's all
alhamdullilah..puji pujian hanya untukmu ya allah